Isnin, 17 Jun 2013

591. Bila sekejap waktu ... masih terlalu mahal.



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم                                                    


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Segenap puji dan syukur di untukkan bagi Allah 'Azza wa jalla, kerana dengan taufiq dan i'nayahNya jualah aku terus hidup beribadah untuk mengiakan Islam, Agama Allah SWT.. 

Sudut aqidah dan perpaduan Ummah aku sewajibnya tidak memperkatakan sesutu perkara yang Laghwun (sia-sia), dengan menjauhkan diri dari melakukan perkara subahat dengan sifat-sifat jin laknatullah, mengumpat, memfitnah, mencaci dan mengeji sesama manusia hambaNya. 

Memperjuangkan Kebenaran dengan cara Islam. Istiqamah ibadah, aku hanya dengan Kebenaran yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. 

Meningkatkan usaha dan doa dan bersama-sama dengan Muslimin dan Muslimat yang menyeru ke arah kebaikkan, kemantapan Aqidah serta ke arah penyatuan dan perpaduan Ummah. 

Sentiasalah berpesan-pesan pada Kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Semuanya bertunjangkan kepada mengEsakan Allah dan sebenar-benarnya Nabi Muhammad SAW., RasulNya. 

In Syaa Allah beribadahnya aku serta aku berdoa sentiasa, untuk memperolehi keberkatan dan kerahmatan Allah SWT.. In Syaa Allah sentiasa di beri petunjukNya ke jalan yang benar, ke jalan yang lurus dan jalan yang di redhaiNya. Allah SWT., aku mohon perlindunganMu Ya Allah. Allah SWT., Pencipta Alam dan Pemilik sekelian isi alam. 
Alhmadulillah sebenar-benarnya aku sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T.. 

Sumber imeg: 

Tiada ulasan: