بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Hikayat iblis - Berpada-pada bergurau.
Undur | Laman Utama | Depan | Pengenalan
TARAF
BACAAN
UMUMSiri Hikayat.
Hikayat Iblis.
4 Rabiul Awal 1423
Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
http://w3.spancity.com/yosri
DALAM sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Di antara kebahagiaan hidup seseorang itu ialah mempunyai isteri yang baik, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik . (Riwayat Imam Ahmad).
Maka, bagi memastikan kebahagiaan hidup berkeluarga, seseorang lelaki atau suami itu seharusnya memiliki kesemua perkara di atas.
GURAU BIARLAH BERPADA
SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.
Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati.
Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.
Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu.
Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.
Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Malu adalah cabang daripada iman.” Dalam sabda lain, baginda menyatakan: “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.”
Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.
Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Pada suatu masa orang Arab menganggap pantang makan kurma kalau sakit mata.
Rasulullah nampak seorang bernama Suhaib yang sakit mata sedang makan kurma maka baginda bersabda bermaksud: “Engkau makan kurma sedangkan engkau sakit mata?”. Suhaib faham maksud Rasulullah yang ingin bergurau dengannya. Maka jawabnya: “Saya makan dengan mata yang sebelah lagi ya Rasulullah.”
Mendengar jawapan itu, baginda senyum lebar hingga nampak giginya yang putih. – (Ihya Ulumuddin Imam al-Ghazali).
Dalam hubungan pergaulan harian, gurauan itu boleh menimbulkan sakit hati dan menyinggung perasaan sesama kawan atau rakan.
Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persenketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.”– (al-Hujurat: 11).
Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.
Posted in the Brunei Forum
http://www.topix.com/forum/world/brunei/T545C7AI6GO380CHB
pg= Page . p = Posts . hg = hingga
pg1 p1 - KUBUR
pg1 p2 hg 4 - KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH
pg1 p5 hg 8 - MINUM ARAK PUNCA SEGALA KEJAHATAN
pg1 p9 hg 15 - GANGGUAN JIWA
(p16&17-missing)
pg1 p16 hg 17 - Adab Memberi Salam (Kadang ada Kadang tak ada)
pg1 p19 hg 20 - Adab berludah mengikut Islam
pg2 p21 hg 26 - Melewatkan Solat
pg2 p27 - Agamaku Islam
pg2&3 p28 hg 37 - AYAT KURSI MENJELANG TIDUR
pg3&4 p38 hg 72 - Pembelajaran Religiositas Dalam Pendidikan Agama Islam (INDONESIA).
(p43-missing)
pg4 p73 hg 76 - Awasi Gula Fruktosa dalam minuman ringan
pg4 p77 hg 82 - Kisah Dari Iraq ... Bila kafir menjajah.
pg4&5 p83 hg 84 - JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN
pg5 p85 hg 92 - Michael Majid Wolfe tertawan dengan ibadat solat
pg5 p93 hg 98 - Pemuda Beribu-Bapakan Babi
pg5 p99 (X cukup) - 50 ribu kesalahan dalam bible.
(p100-missing)
pg5&6 p101 hg 107 - Pendapat cendekiawan mengenai Nabi Muhammad S.A.W.
pg6 p108 - Taubat
pg6 p109 hg 115 - Banyak iktibar boleh dicerna melalui peristiwa Israk Mikraj
pg6 p116 hg 121 - Kisah-kisah dan perumpamaan dalam Al Quran
(p122-missing)
pg6 p123 - Diet pemakanan Rasulullah S.A.W
pg6&7 p124 hg 125 - DOSA KUKU PANJANG
pg7 p126 hg 128 - 43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki
pg7 p129 hg 132 - Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup.
pg7 p133 hg 136 - Untuk Bangsa MELAYU Malaysia: tak kira apa fahaman politik mereka.
pg7&8 p137 hg 155 - 'BERSATULAH KAUM CINA'tak kira apa fahaman politik mereka.
(p156-missing)
pg8&9 p157 hg 170 - Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!
pg9 p171 - Hidup adalah kembara
(p172-missing)
pg9 p173 hg 185 - Rasulullah diajarkan bacaan al-Quran
pg9&10 p186 hg 189 - Kufur tinggal solat Jumaat tiga kali
pg10 p190 hg 195 - Istihadah tidak halang beribadat
pg10 p196 hg 204 - Burqini - ikut syarak & selesa
(p202-missing)
pg10&11 p205 hg 216 - Dakwah secara rahsia
pg11 p217 hg 228 - Poligami rendahkan martabat?
(p229-missing)
pg12 p230 hg 232 - Sebab Nazrul
pg12 p233 hg 234 - MELAYU CINA
pg12 p235 - MENDENGAR AZAN
pg12 p236 - DOA QUNUT
pg12 p237 hg 239 - Posts
pg12/13/14
p240 hg 274 - Bila Paderi buka rahsia
pg14 p275 hg 276 - Posts
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan