Khamis, 20 Jun 2013

608. Kisah Nabi Adam AS.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q

                    KISAH NABI ADAM AS

>Assalamualaikum wbr,
> >>
> >> Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari
> >> syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama
> >> 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke
> >> langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
> >>
> >> Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.
> >> Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir
> >> di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah
> >> tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa
> >> ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu
> >> berkata, "Sedap sungguh air ini."
> >>
> >> Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau
> >> menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana
> >> perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi
> >> Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
> >> menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam,
> >> sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum
> >> yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu
> >> itu."
> >>
> >> Apa Yang Akan Ditanya:
> >> -Dalam sehari ada 24 jam.
> >> -Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
> >> -Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua
> >> perkara semasa nafas keluar dan masuk.
> >>
> >> Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan
> >> semasa nafas itu keluar dan masuk ?
> >>
> >> Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
> >> Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
> >> * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
> >> * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
> >> * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
> >>
> >> Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
> >> -"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia
> >> yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan
> >> pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
> >> sembahyang apabila terdengar azan.
> >>
> >> -Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
> >> air sembahyang sebelum azan.
> >>
> >> -Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti
> >> matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam
> >> masjid sebelum azan lagi."
> >>
> >> Kala Jengking Neraka
> >> Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
> >> jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala
> >> jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke
> >> barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
> >>
> >> Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak
> >> ke mana dan siapa yang kau cari?"
> >>
> >> Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
> >> -Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
> >> -Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
> >> -Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
> >> -Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam
> >> masjid.
> >> -Kelima, orang yang suka minum arak."
> >>--
> >>NSTSB http://www.nst.com.my
In Syaa Allah Bermanfaat.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: