بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ,
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ
المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ
المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA.
"..KEHIDUPAN
DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. ALI 'IMRAN (3):185]
by Dunia Maklumat
1. Bulu kening –
Menurut Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan
bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian –
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata
orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah
dan Hibban.
4. Dada –
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi –
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang
menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah –
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher –
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan –
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah
berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan
tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan –
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata –
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian
dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) –
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak
yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan –
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah –
Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian –
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat
dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga
dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut –
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan
dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Nota Admin:
Ada tiga belas perkara tentang tabir diri perempuan. Bila tertanggal perkara tersebut walau hanya satu perkara dari diri seseorang perempuan itu, maka tiada bezanya perempuan itu dengan perempuan kafir.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan