بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA.
Ahmed Hussein Deedat (July 1, 1918 August 8, 2005) was a Muslim scholar, writer, charismatic public speaker and Islamic missionary of Indian-South African descent.
Ahmed Hussein Deedat (1
Julai, 1918 August 8, 2005) adalah seorang
sarjana Islam, penulis, penceramah
awam berkarisma dan
dakwah keturunan India-Afrika Selatan.
==========================================Peristiwa Israk Mikraj suatu mukjizat.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, tahun ke-12
dari masa kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Ianya juga merupakan peristiwa penting
yang dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Tarikh
ini bersamaan 662M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum
penghijrahan Nabi SAW dari Mekah ke Madinah.
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari
dengan menaiki burak bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di
Baitul Maqdis. Manakala Mikraj pula membawa maksud naiknya Nabi s.a.w ke langit
dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah al-Israk ayat 1 yang bermaksud “Maha suci
(Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar
Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Para ulama' hadis, ulama' feqah dan
ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa peristiwa Israk dan
Mikraj berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia
berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh Nabi s.a.w. Sebagaimana difahami daripada
firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan, yang bermaksud
memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di
sini iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya
serentak bukannya ruhnya sahaja.
Mukjizatnya peristiwa ini jelas tergambar dari masa
perjalanan yang hanya selama 3/4 malam iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi
sahaja Nabi SAW sudah kembali semula ke Mekah sebelum terbit
fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Malaikat Jibril dari Masjid al-Haram
ke Masjid al-Aqsa
di Baitul Maqdis,
Palestin.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam
kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T
bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah berlaku
ke atas rasul
dan nabi
sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan
anugerah dan kehormatan oleh Allah
S.W.T untuk melakukannya sebagai tanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Sepanjang perjalanan Israk Rasulullah s.a.w yang ditemani
Malaikat Jibril a.s telah melihat pelbagai peristiwa aneh. Antaranya Nabi SAW
melihat satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka,
apabila dituai, hasil (buah) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh
Jibril, itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Nabi SAW telah diperlihatkan sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Rasulullah s.a.w
diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud
(sembahyang). Nabi SAW turut melihat sekumpulan orang yang hanya menutup
kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
Selain itu, Nabi SAW melihat satu kaum, lelaki dan perempuan,
yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi
mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail, itulah lelaki dan perempuan
yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri atau suami. Turut kelihatan seorang lelaki yang menghimpun seberkas kayu
dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah
SAW diberitahu oleh Jibril, itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi
masih menerima amanah yang lain.
Ketika Nabi SAW diIsrakkan, Nabi SAW telah diberi gambaran
oleh Allah akan keadaan umur dunia yang sangat tua melalui keadaan seorang
perempuan bongkok tiga yang menahan Baginda untuk bertanyakan sesuatu. Pelbagai
peristiwa aneh lain yang berlaku di malam Israk Mikraj ini yang banyak memberi
maksud tersurat dan tersirat di sebaliknya.
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar
sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa
yang lebih penting adalah kita sebagai umat Islam hendaklah menghayati
pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan
menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan
pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya telah memberi keinsafan
kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan
kekuasaan-Nya.
Penulis
ialah pelajar kursus Bahasa Arab dan Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM). Nurul Fatimah Zahara Mohammad Radzi . 21 Jun 2012. SUMBER:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/11164-peristiwa-israk-mikraj-suatu-mukjizat
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan