بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA.
MATA LEBAH
Mata lebah.. Jadilah kita seperti mata lebah, cuma melihat dan memilih yang baik-baik. Walaupun lalu di tempat pembuangan sampah atau tempat yang kotor dia tetap mencari yang baik dan cantik.
Maka, janganlah
kita cepat sangat memberi label. Cari dan kaji pasti ada kebaikan dalam setiap
kejadian. Oleh kerana itu apa yang dihasilkan lebah adalah ubat segala penyakit
kerana bijak memilih.
Berfikir secara positif, mengambil
tindakan secara positif maka hasilnya juga positif. sekali lebah sengat kita, boleh membawa maut mata
lebah jugak memberi hasil yang baik dan manis.. iaitu..MADU.
MATA LALAT
Cuba fikirkan,
lebah kalau hinggap pada bunga menghasilkan madu. Lalat kalau hinggap pada
makanan..dia tinggalkan najis ataupun pun lebih sinonim kita sebut “kentut
lalat” atau “telur lalat”. Bila termakan makanan yang dihinggapi lalat kita
boleh sakit.
Ini yang dikatakan bila suka melihat sesuatu yang negatif
tindakan kita juga negatif dan hasil yang kita dapat juga negatif.
Renungilah
bait-bait ini bersama:
“Janganlah kamu
dedahkan kejahatan orang lain selama mereka itu menyembunyikannya, nanti Allah
akan mendedahkan kesalahan kamu pula kepada orang lain.
Dan kamu hendaklah menyebut tentang kabaikan yang ada pada saudara kamu,apabila disebutkan kebaikannya dan jangan kamu mengaibkan seseorang dengan apa yang ada padanya, nanti akan terjatuh pada kamu juga”
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan