Rasulullah SAW telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya.
Antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya sama ada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Sumber asal: Tidak dapat dikesan. (Lupa nak catit masa save dulu). Maaf kepada yang empunya asal.
Seorang cendekiawan Islam berkata,"Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu sebagai tawanan dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan".
Imam Al-Ghazali mengatakan, "kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu lebih daripada Malaikat."
Di dalam kitab "Al-Asas fit Tafsir", Said Hawa mengatakan, "Secara dasarnya melawan nafsu bermaksud menundukkan nafsu supaya ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara."
Sumber: Tazkirah
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya:
"Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia mengerumuni kamu sebagaimana orang ramai menyambut hidangan makanan".
Sahabat bertanya: "Apakah ketika itu sedikit bilangan umat islam wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "Bilangan kamu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih dilautan. (Pada saat) itu Allah mengangkat dari hati kamu rasa takut kepada musuh-musuh kamu dan Allah melemparkan penyakit wahana di hati kamu". Mereka bertanya:" Apa itu wahana wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: "Cintakan dunia dan takutkan mati". - Riwayat Ahmad Abu Daud -
Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) , beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Aku (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-¬orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (H.R. Bukhari Muslim)
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan