Ahad, 30 Jun 2013

651. Bila duduk sebilik . . .

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 
Dah duduk sebilik, baru tahu si rakan boleh 'ngam' atau tidak. Sekali air bah, sekali pantai berubah...

PERNAHKAH anda terfikir mengapa teman anda tiba-tiba berubah?. Daripada kecoh menjadi pendiam. Daripada mudah difahami menjadi payah dimengertikan. Sista Kool kira menjadi lumrah persahabatan apabila teman yang baik bak isi dengan kuku tiba-tiba menjauhkan diri. 

Mungkin dia ada masalah peribadi yang malu atau payah diceritakan. Sebab itu, dia membisu. Anda perlulah beri dia ruang peribadi untuk buat begitu. 

Bagaimanapun, Sista tetap yakin, tahap pengenalan kita pada diri seseorang itu berubah mengikut tahap.
Kalau baru jumpa saja dah kenal, tak logiklah namanya. Pada kebanyakan masa, kita akan lihat sepanjang perkenalan kita dengan seseorang, kita sama ada akan semakin berjauhan dengannya atau semakin dekat dengannya. Tak kenal maka tak cinta. Tapi ada kalanya, kalau dah kenal, menyampah pula. 

Lihat sahaja keadaannya apabila dua teman karib boleh sampai bertengkar dalam lawatan ke luar negara.
Atau sepasang kekasih boleh putus cinta kerana tidak sealiran lagi selepas tiga atau empat tahun bersama.
Maklumlah, apabila tinggal sebumbung dengan seseorang, misalnya dua gadis bercuti dan berkongsi bilik hotel yang sama - macam-macam perkara baru yang akan dilihat tentang sahabatnya itu. 

Best Friends Forever (BFF) boleh jadi Worst Friends Ever (teman paling teruk yang ditemui)!. Adik angkat Sista, Hanis, mendapati dirinya tak mampu lagi 'ngam' dengan teman karibnya sewaktu mereka berdua melancong ke Bangkok, Thailand, bersama-sama. 

Apa tidaknya? Hanis jenis yang lasak tetapi temannya pula hanya ingin duduk di bilik hotel dan menonton televisyen. "Apa gunanya bercuti kalau macam tu?" bentak hati Hanis. Memanglah dalam persahabatan, kita perlu bertolak ansur. Memberi dan menerima menjadi sebahagian daripada basahan hidup. 

Kadangkala tu, bukan kerana teman kita berubah tetapi kita kurang mengenali dirinya yang sebenar. 


Al Fatihah untuk roh emak dan bapak serta untuk roh sendiri., semuanya kerana Allah S.W.T.. 


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: