Ahad, 30 Jun 2013

657. Wanita pertama yang dicela dalam al-Quran.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho. 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

  • Ketika baginda Rasulullah s.a.w sedang berusaha keras menyampaikan seruan dakwahnya, tiba-tiba Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri datang memberikan ungkapan celaka ke atas dakwahnya itu.

    "Binasa engkau he Muhammad! Adakah hanya kerana ini, engkau menghimpunkan kami di sini?!" herdik si Abu Lahab. Serta merta, tanpa bertangguh, maka turunlah ayat al-Quran yang menggemparkan.

    "Binasa tangan Abu Lahab kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa," demikian Allah s.w.t menyambut celaan Abu Lahab dengan pantas sekali.

    Jika direnung kalimat demi kalimat sebagai yang tertera dalam Surah al-Lahab ini, kita akan dapati telah wujudnya semacam saling kaitan antara tindakan Abu Lahab itu dengan perancangan oleh isterinya.

    Isteri Abu Lahab yang tidak terkenal namanya, tetapi telah diperihalkan Tuhan di dalam al-Quran itu?

    Nama isteri Abu Lahab ini adalah Arwa dan digelar Ummu Jamil.

    Pertamanya, untuk kali pertamanya dalam al-Quran telah wujud celaan dan cercaan balas ke atas musuh Islam sedangkan pada saat itu, ayat al-Quran sunyi daripada kritikan balas semacam itu.

    Wahyu-wahyu yang diturunkan sebenarnya cenderung ke arah membangun fikiran Tauhid, meneguhkan akar tunjang keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan dan bukannya membelasah musuh Allah.

    Tetapi, dengan tiba-tiba, Allah s.w.t telah mengisytiharkan perang ke atas Abu Lahab, malah kali ini isteri kepada bapa saudara Rasulullah s.a.w itu sendiri. Walhal Arwa itu bukanlah orang lain malah ibu saudara baginda sendiri. Dalam hal inilah, Abu Jahal sedikit berbeza dengan Abu Lahab.

    Apakah celaan Allah ke atas Abu Lahab ini mungkin ada terkait langsung dengan isterinya, Arwa? Apakah isteri Abu Jahal itu tidak setebal itu permusuhannya dan tidak begitu keras permusuhan ke atas baginda, berbanding Arwa atau gelarannya Ummu Jamil itu? Wallahu'alam.

    Tiada faedah usaha mereka

    Diriwayatkan, sebelum ini telah berbagai-bagai usaha yang telah dilakukan Ummu Jamil dan Abu Lahab guna menyekat kemaraan dakwah Rasulullah s.a.w itu. Antara kaedahnya adalah menyekat laluan jalan baginda ketika berpergian untuk membuat seruan agama itu.

    Sebab itulah, mungkin ketika Abu Lahab mencela baginda itu, kemuncak kemurkaan Tuhan itu telah tiba dan menyebabkan celaan ke atas Abu Lahab dan isterinya kekal sehingga kini di dalam al-Quran.

    Pertamanya, tangan Abu Lahab dicela Tuhan sebagai akan binasa termasuklah batang tubuhnya sendiri. Ini bermaksud, segala usaha melalui tangan Abu Lahab itu tiada ertinya lagi malah tubuhnya sendiri akan dijilat api neraka. Apakah Najib juga akan bakal menerima padah yang sama? Wallahu'alam.

    Ayat kedua berbunyi, 'Tiada berfaedah kepadanya harta bendanya serta apa yang dia usahakan.' Ayat ini bermaksud, segala harta kekayaan Abu Lahab yang menggunung dan usaha yang beliau lakukan selama ini dengan kekayaan itu guna menyekat dakwah baginda juga sangat tercela di sisi Tuhan.

    Abu Lahab di dalam neraka!.

    'Kelak dia (Abu Lahab) akan masuk ke dalam api yang bergejolak.' Firman ini juga ditujukan kepada Najib jika beliau masih belum bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada rakyat ke atas segala usaha beliau yang banyak menyusahkan rakyat selama ini.

    'Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.' Ayat ini tiba-tiba ditujukan kepada Arwa atau Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab. Terbelalak mata Ummu Jamil mendengarkan dirinya turut dicelakan oleh anak saudaranya sendiri dalam pidato itu.

    Pidato itu bukan sebarang pidato, kerana isinya langsung diterima dari langit. Mungkin, seksaan seperti ini juga yang bakal diterima oleh Rosmah kelak di neraka dengan sebab beliau menyekat usaha kebaikan selama ini secara tersirat.

    Kayu bakar yang dibawa oleh Arwa nanti mungkin gambaran kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan di dunia ini kerana telah membantu usaha suami mereka dalam perkara kejahatan.

    Seorang isteri yang baik sepatutnya bertindak menasihatkan suaminya agar tidak terjebak dalam kancah maksiat dan kemungkaran. Lihatlah perilaku Asiah yang bersuamikan Fir'aun itu. Dengan kelembutannya dia memujuk agar Musa yang masih bayi itu tidak dibunuh, sebaliknya dipelihara.

    Tapi, sikap dan nilai-nilai semacam itu tidak terbit dari jiwa Ummu Jamil.

    Jika benar, pengamal ilmu hitam ini tentulah akan 'beristirehat' di neraka kelak sehinggalah benar-benar bertaubat dan membuang segala amalan yang dilakukannya selama ini.

    'Yang di lehernya ada tali dari sabut.' Nas ini pula menjelaskan kepada kita bahawa Arwa kelak, selain dia membawa kayu api, maka di lehernya ada tali yang diperbuat daripada sabut.

    Jika sabut ini seperti sabut kelapa, agak aneh juga. Sabut kelapa tentulah terbakar hangus dengan cepat, dijilat api. Mungkin sabut ini seperti rantai besi yang berjeriji tajam, tercangkuk di leher Arwa. Bilah-bilah gerigi besi tajam dan runcing di hujungnya inilah yang mungkin menikam daging leher kelak.

    Hukuman yang seperti ini mungkin agak istimewa dan termasuk dalam kategori hukuman yang 'special' kerana isteri penguasa, isteri mustakbirin cuma sedikit jumlah bilangannya dan isteri penguasa yang tak menegur kesilapan suaminya, malah mewah pula dengan maksiat, mereka ini amat dimurkai Allah.

    Abu Lahab tergolong dalam kumpulan pembesar Quraisy, golongan penguasa dan pembesar. Isterinya Arwa adalah pembesar.

    'Universiti' Hogwart, gedung ilmu sihir?

    Alkisahnya, wujudlah dakwaan kejam mutakhir ini yang berkaitan dengan hal ehwal ilmu sihir, ilmu hitam.

    Tak lama lagi, pawagam-pawagam kita akan menyiarkan filem Hollywood Harry Potter versi baru; sebuah fiksyen yang mengisahkan segolongan anak muda yang dilatih belajar ilmu sihir di sebuah institusi.

    Nama institusi pendidikan itu ialah Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Atau, dalam ungkapan yang mudah disebut, Sekolah Hogwarts, pusat latihan ahli-ahli sihir yang dibangunkan dengan bertujuan mencetak ratusan ahli-ahli sihir untuk keperluan yang entah tidak diketahui apa motifnya.

    Apakah perjuangan institusi ini? Kita pun tidak tahu. Namun, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry sudah cukup membayangkan kepada kita bahawa sudah ada idea-idea kasar untuk membangun sebuah gedung pengetahuan, menara ilmu yang melatih tenaga-tenaga penyihir pada masa hadapan. 11/07/2009.


    Sumber: Tidak dicatit semasa menyimpannya dahulu. Maaf kepada pemilik sumber asal.
    Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

    Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

    Blogger Home. 
    s3v3n

    s3v3n
    copyright©
IP

Tiada ulasan: