بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl .Dipetik Press TV, selepas kejayaan stesen televisyen Channel 4 menyiarkan siaran azan sepanjang Ramadan, kini Setiausaha Pendidikan Britain, Michael Gove mengumumkan untuk memasukkan modul sejarah Islam sebagai subjek baru di sekolah-sekolah awam seluruh Britain.
Perubahan tersebut dibuat selepas draf awal kurikulum baru itu dikritik Muslim Council of Britain (MCB).
Dalam kenyataan sebelum ini, MCB kecewa kerana bahan berkaitan Islam gagal dijadikan sebagai sumber rujukan di sekolah.
Difahamkan, subjek itu akan diperkenalkan awal tahun depan.
Pengerusi Masjid Lancashire, Salim Mulla berkata, perubahan tersebut adalah ‘kemenangan’ besar kerana semua orang memerlukan pemahaman lebih baik berkaitan agama Islam.
Lancashire Mosques.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Pendidikan Blackburn Diocese menyambut baik cadangan tersebut.
“Seperti kita ketahui, tamadun awal Islam banyak memberi sumbangan besar dalam sejarah dunia dan ia perlu diperjelaskan kepada umum terutama kepada masyarakat di Britain,” katanya.
Sejak insiden pembunuhan askar pada 22 Mei lalu, masyarakat Islam yang menjadi penduduk minoriti di Britain dilaporkan terus menjadi sasaran keganasan kumpulan pelampau.
Vandalism Attack on Lancashire Mosque Today.
Sumber:
Vandalism Attack on Lancashire Mosque Today. - Posted on
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan