Jumaat, 19 Julai 2013

1020. Aku berniat menuntut ilmu kerana Allah S.W.T..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
.
Moga sumanya sihat walafiat hendaknya ye.. Yang penting iman juga mesti sihat, biar tiap2 hari kita rasa semangat untuk berubah kpd yg lebih baik! Kepada penulis ni juga la taw..Sebab dia pun selalu gak malas nak tambahkan amalan sunat..huhu..

Alhamdulillah ana baru je habis final exam for my degree of bachelor engineering manufacturing petang 14hb 4 tadi... Perasaan sblm nak masuk exam tu hanya Allah je yang tahu berapa terujanya nak habis exam..rasa macam nak jerit kuat2; "Aku dah habis exam!!!"haha..
"Amy, result hang tak kuaq lagi..Jangan hepi sangat na!FYP tu lupa??!"
Baik!wuuuu..=.=

Sebenarnya ana rasa sedih gak.. Sebab selama ni banyak sangat khilaf dlm menuntut ilmu Allah ni, tak kira la dari primary school sampai ke peringkat U ni.. Yela, hati ni sangatlah susah nak ikhlas seihklasnya dalam menuntut ilmu Allah.. Tiap kali study dalam kepala hanya fikir "Aku mesti lulus!"huhu.. Obvious sangat2 yg diri ni tak ikhlas..

Sepanjang perjalanan menuntut ilmu Allah ni, ana try je apa yg mampu untuk ikhlaskan diri bila sudah teringat yg diri ana ni dah salah niat. Moga kita suma diampunkan Allah dalam usaha yang murni ni.. Perbetulkan niat kita balik..

Dalam hadith 40 pun perkara pertama yang dibahaskan adalah mengenai niat. Sebab jika niat kita salah boleh buat kita rasa penat saje dgn apa yang kita lakukan.. Sia-sia macam abu rokok yg dihisap oleh orang suka merokok. Banyak duit kita habiskan tuk beli rokok, tapi takda bagi hasiat pun pada diri kita.. (kita?eh, slh2..ana tak smoking taw..huhu...) 
HADITS PERTAMA

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Arti Hadits / ترجمة الحديث :
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

Macam tu la juga dgn niat kita mencari ilmu.."Allahuakbar.. Nak wat cane, dah sistem pembelajaran kat negara kita mmg berdasarkan peperiksaan.."
Jangan macam tu..Tak baik punya!hehe.. Alasan hanya akan menjadi tembok kepada masalah dlm hidup kita.. Ingat tu..

So, ana plan lepas ni ana nak ambil master yang berkaitan dengan ilmu yang ana nak tahu sangat2.. Biar ana rasa ikhlas betul2 nak tahu ilmu tu.. Ana ingat nak ambil master berkaitan comparative religions ataupun tentang ulum Quran yang ada kaitan dgn sains2 ni.. Sangat menarik!huhu.. Moga dimakbulkan Allah.. Amin!

Ilmu pun bukan setakat dapat dalam class ataupun dari buku je, ilmu pun boleh dapat dari pergaulan kita seharian dgn orang lain.. Contoh paling senang, kita berkawan dgn kawan yang hidup dia susah dan penuh ranjau la katakan.. Dari cara dia menangani masalah hidup dia, kita boleh belajar 1001 ilmu yang tak dapat dari sebuah buku.. Ini pun dikira ilmu..

Syukur sangat2 ana banyak belajar dari sahabat2 sekeliling dan juga insan2 yg ana pernah kerja dan jumpa.. Suma itu pengalaman yang sangat bermakna macam dapat mahar kahwin dinar emas je..oppss!ngeee..tetiba lak keluar topic mahar kahwin..

Sahabat2 sekalian yang masih lagi menuntut ilmu mari sama2 kita perbetulkan semula niat kita menuntut ilmu dengan niat kerana Allah.. Ilmu kita dapat, pahala kita bertambah, redha Allah selalu mengiringi kita.. Allah itu Maha Pemurah kan? Dia tak lokek dgn kita jika kita ingat Dia..

Akhir kalam, 'Selamat Beramal!' heee...
Wassalam.. n_n

Sumber: 
"Aku Niat Menuntut Ilmu Kerana Allah..".

Ulasan lanjut mengenai niat boleh pegi link ni: http://www.mapksolo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=193:hadis-tentang-ikhlas&catid=78:hadist&Itemid=178 .
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: