Dawood, begitulah lelaki tersebut menukar namanya setelah memeluk Islam. Beliau adalah
mualaf yang gugur di medan jihad pada usianya yang sangat muda, 29
tahun. Namanya begitu popular selepas memutuskan diri untuk membela kaum
Muslim dalam pertempuran melawan Pasukan Croatia di Bosnia pada 1993.
Hingga suatu pagi, Dawood memeranjatkan semua orang di pejabatnya.
Tiba-tiba saja, pagi itu dia muncul dengan cara berpakaian berbeza dari
biasa. Dia berpakaian seperti seorang Muslim di Timur Tengah. Ternyata, Dawood telah menjadi seorang Muslim. Pakaian yang bernuansa Muslim itu pula yang membuatnya dipecat dari pekerjaannya.
Dawood mula kebingungan. Tidak hanya keluarga, tapi rakan-rakan di
tempatnya bekerja juga memulaukan nya. Kerana dia sudah menjadi seorang
Muslim. Tak ada yang mahu menerimanya ketika itu, selain
saudara-saudaranya dari komuniti Muslim.
Lantas dia memutuskan untuk berangkat ke Bosnia bersama dua orang rakan
Muslimnya yang lain. Mereka bergabung bersama Muslim Bosnia dengan
tujuan boleh hidup secara Islam dan ingin belajar ilmu-ilmu keIslaman.
Empat bulan telah berlalu. Beberapa rakan senegaranya mengajaknya untuk
pulang ke tanahair namun beliau menolak. Akhirnya beliau tetap menetap
di Bosnia.
Beliau seorang yang sangat cepat belajar ilmu-ilmu Islam. Dawood juga
dengan cepat menguasai Bahasa Arab. Teman-temannya bercerita bahawa dia
adalah seorang Muslim yang taat dan teguh memelihara Sunnah. Dia termasuk
salah seorang yang disayangi oleh teman-teman dan saudara-saudaranya
sesama Muslim di Bosnia.
Dia tidak melewatkan untuk Solat Malam, walau cuaca teramat sangat sejuk.
Bahkan dia sering berdoa sepanjang malam. Dia hanya tidur sebentar dengan
posisi tidur meringkuk ke kanan.
Setelah beberapa waktu kemudian, dia bergabung dengan Mujahidin Bosnia
dibawah pimpinan Komandan Abul Harith. Komandannya juga sangat menyayangi
Dawood kerana keSalehannya.
Malam sebelum Dawood gugur di medan pertempuran, dia bermimpi dan sempat
bercerita tentang mimpinya itu kepada rakan-rakan nya. Dalam mimpi
tersebut, ia berjalan di antara dua sisi istana yang sangat besar dan
megah.
Di dalam mimpi itu dia bertanya "Siapakah pemilik Istana yang megah ini?". "Inilah milik salah Seorang Syuhada" begitulah jawapan dari mimpinya itu. Dawood bertanya lagi, "Di mana istana milik Abu Ibrahim?".
Abu Ibrahim
adalah salah seorang teman dekat Dawood yang berbangsa Turki. Mereka
dahulu bersama-sama datang dari Britain. Abu Ibrahim ditembak mati oleh
PBB Perancis berhampiran Lapangan Terbang Sarajevo.
Suara dalam mimpi Dawood tersebut menjawab "Istana Abu Ibrahim ada di sana". Dalam mimpi itu Dawood berlari menuju rumah teman dekatnya Abu Ibrahim.
Dalam berlari itu ia terjatuh hingga ia bangun dari tidurnya kemudian
menceritakan mimpinya.
Komandannya Abul Haristh sudah menduga bahawa Dawood mungkin akan gugur
di medan pertempuran berikutnya setelah mendengar cerita mimpi Dawood.
Mungkin saja ia akan segera menyusul sahabatnya Abu Ibrahim, kerana dia menceritakan dalam mimpinya bahawa dia berlari menuju Istana Abu Ibrahim.
Keesokan harinya Dawood terlibat dalam satu operasi ketenteraan melawan
Pasukan Croatia. Dawood tertembak tepat di jantungnya dan tewas
seketika. Dia berguling ke bawah bunker Croatia yang mengakibatkan
jasadnya tidak boleh diambil.
Setelah tiga bulan berikutnya, barulah jasad Dawood ditemui oleh Pasukan
Mujahidin. Diceritakan oleh Komandannya Abul Haritsh bahawa jasad
Dawood saat ditemukan sudah berbau kasturi. Jasad tersebut ditemui
seperti kedudukan Dawood tertidur iaitu meringkuk menghadap ke kanan. Subhanallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan