بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه21 Julai, 2013
Berita Yang Menggetarkan Jiwa Najib
Peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P.Balasubramaniam, Americk
Sidhu bersetuju untuk memberikan keterangan dalam satu tribunal di
Perancis yang melibatkan rasuah oleh kerajaan semasa Malaysia membeli
dua kapal selam Scorpene.
Pengarah eksekutif hak asasi manusia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata Americk akan memberi bukti di Paris sekitar September depan nanti.
Pengarah eksekutif hak asasi manusia (Suaram) Cynthia Gabriel berkata Americk akan memberi bukti di Paris sekitar September depan nanti.
"Mahkamah sedang berhubung dengan Americk untuk menentukan masa
lapangnya," kata beliau semasa menghadiri majlis makan malam mengumpul
dana yang dianjurkan oleh Suaram.Beliau berkata fokus tertumpu kepada
pendedahan Balasubramaniam tentang peranan Menteri Pertahanan Datuk Seri
Najib Razak dalam pembelian Scorpene.
Cynthia juga berkata mahkamah Perancis kini sudah melanjutkan siasatan
terhadap keadaan semasa yang membawa kepada kematian Altantuya Shaariibu
dan terutamanya jika terdapat salah guna kuasa oleh Najib negara semasa
memegang jawatan tersebut.
Bagaimanapun Najib telah menafikan tuduhan tersebut dan Balasubramaniam
juga telah membuat dua pengakuan bersumpah yang berbeza-beza.
Balasubramaniam kemudiaan membuat pendedahan campur tangan Najib dan
ahli keluargannya dalam kes tersebut sehinggakan Americk membuat
pendedahan susulan pada mesyuarat agung Majlis Peguam pada 16 Mac 2013,
beberapa hari selepas penyiasat persendirian tersebut meninggal dunia
kerana serangan jantung.
"Isunya adalah sama ada SD kedua Balasubramaniam dilakukan atas arahan
Najib dan sama ada Najib telah mengarahkan peguam (Tan Sri) Cecil
Abraham untuk menyediakan SD2," kata beliau.
Americk, tetamu yang dijemput pada majlis anjuran Suaram semalam
mengesahkan beliau akan memberi keterangan di Paris.Cynthia juga
mendedahkan bahawa seorang lagi rakyat Malaysia telah memberi keterangan
bertulis kepada mahkamah sebelum pilihan raya umum Malaysia 5 Mei lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata saksi itu telah meminta identitinya
dirahsiakan.Beliau berkata hakim utama dalam siasatan yang masih
dijalankan itu, Roger Le Loire meminta penjelasan tentang bagaimana
keterangan baru-baru ini sama ada ia akan memberi kesan kepada siasatan
yang sedang dijalankan.
Pada tahun 2009, Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis hingga
membawa kepada siasatan melibatkan dua hakim penyiasat.Pada April tahun
ini, Tribunal Grand Instance di Paris memulakan siasatan ke atas dakwaan
bahawa firma Perancis DCNS telah membayar kira-kira RM458 juta sebagai
rasuah kepada pegawai Malaysia untuk mendapatkan kontrak bagi dua kapal
selam tentera laut.
Pengkritik di Malaysia mendakwa bayaran itu adalah sogokan, yang
menyalahi undang-undang di Perancis, undang-undang Malaysia dan juga
antarabangsa.Cynthia berkata, Perancis dan pihak berkuasa Hong Kong juga
telah bekerjasama untuk mendedahkan rasuah oleh firma milik rakyat
Malaysia, Terasasi yang terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene.
"Siasatan meliputi sekitar rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan
sembilan syarikat lain dengan hubungan politik di Malaysia," tambah
beliau.Americk semalam mendedahkan pihak polis tidak pernah bertanya
kepada Balasubramaniam tentang soalan penting melibatkan pembunuhan
Altantuya walaupun ditahan selama 14 hari pada tahun 2006.
"Tiada siapa yang berminat dalam apa yang dia tahu. Semua keterangan dia
berikan telah disunting polis telah disunting dan dibersihkan untuk
kegunaan di mahkamah," katanya.Peguam itu berkata hal tersebut mendorong
anak guamnya untuk tampil dengan SD1 yang menjadi kontroversi.
Beliau juga berkata, kajian yang teliti dan terperinci ke atas SD1 akan
mendedahkan tidak ada langsung Balasubramaniam menyebut nama Najib dalam
pembunuhan Altantuya."Apa yang Balasubramaniam kata ialah kedua-dua
Abdul Razak Baginda dan Altantuya memberitahunya dia pernah menjadi
teman wanita Najib," kata Americk yang mengatakan beliau hanya
memperincikan fakta dan bukan andaian.
Balasubramaniam kemudian membuat SD2 untuk menarik balik kandungan dalam
SD1 dan berhijrah sementara ke India bersama keluarganya.Americk
berkata tindakan tergesa-gesa tersebut diambil adalah jelas menunjukkan
situasi bahaya yang dihadapi oleh anak guamnya sejurus selepas membuat
SD1.
Abdul Razak telah dibebaskan pada tahun 2009 kerana bersubahat dalam kes
pembunuhan model Mongolia, yang juga bekas kekasihnya.Dua anggota polis
bekas Sirul Azahar dan Azilah Hadri juga telah merayu kepada Mahkamah
Rayuan untuk membatalkan sabitan Mahkamah Tinggi. ~the malaysian insider
Label
Ali Rustam Altantuya Anti Lynas Anwar Ibrahim Berita Bersih Blogger pencacai Blogger PR BN Breaking News DAP Dr. Asri FELDA GERAKAN Himpunan Hijau Himpunan Kebangkitan Rakyat Iklan Mahathir MCA Media Pencacai MIC Najib NFC Pahang Palestin PAS PAS Kelantan PAS Melaka PAS Pahang PAS Perak PAS Selangor PAS Terengganu Pencacai Umno Penjawat Awam Perak PKR Polis PRU 13 Rosmah Mansor Royalti Sabah Sarawak Skandal PKFZ Skandal Scorpene SPR Penipu SPRM Taib Mahmud Tazkirah Tuan Guru Haji Hadi Tuan Guru Nik Aziz Umno Umno Selangor Ustaz Azhar Idrus Yahudi Zambry KadirSumber Maklumat
Entri Popular
-
Ladang milik Malaysia terbakar di Riau PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari...
-
Bagi mengelakkan Tuan-tuan dan juga Puan-puan menjadi mangsa penipuan Stesen TV Mesir yang kini dikuasai oleh perampas kuasa diakhir la...
-
Malaysia sedang menyaksikan senario yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila tiga bekas ketua hakim bersatu menentang menteri dalam ...
-
KUALA LUMPUR 24 JUN: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 setelah mendapat major...
-
Perdana Menteri Hj Najib pun hadir ke himpunan blackout. Najib dah salah attend prog, amik kau makan kasut! ~ fb dppk Tambun
e-referer
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan