بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Jika kita ingat seseorang, belum tentu dia ingat kita. Tetapi kalau kita ingat Allah S.W.T., Dia merahmati kita.
Kegagalan bukan pada bila kita jatuh, TETAPI bila kita tidak mahu bangun -IK.
Jendela disangka kubur atas Kubah Masjid An-Nabawi
Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama’ menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta’ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.
Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..
Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri. Wallahualam…
Di harap agar sesuatu perkara itu diselidik dahulu sebelum disebarkan.
KREDIT : amekaw.com. Benarkah Benda Atas Kubah Masjid Nabawi Kubur Penjahat?.
Yang lelakinya juga tidak terlepas dan tidak hanya kaum Hawa sahaja, ada perkara yang wajib diingkari, berdasarkan "Patuh kepada Perentah dan Larangan Allah S.W.T..".
In Syaa Allah sama-sama kita beroleh manfaatnya dari usaha, ikhtiar dan doa kita kepada Allah S.W.T., dan daripadaNya Allah S.W.T., Tuhan Yang Esa., kita beroleh hidayah, rahmat, redha dan berkat.
In Syaa Allah sama-sama kita beroleh manfaatnya dari usaha, ikhtiar dan doa kita kepada Allah S.W.T., dan daripadaNya Allah S.W.T., Tuhan Yang Esa., kita beroleh hidayah, rahmat, redha dan berkat.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan