بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Perjanjian Hudaibiyah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari . Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani [1].
Isi kandungan |
Sebab berlakunya perjanjian
Rasulullah S.A.W., bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah S.A.W., menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".
Isi Perjanjian Hudaibiyah
- Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
- Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
- Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
- Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
- Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
- Berkembangnya syiar Islam.
- Kehidupan masyarakat aman dan damai.
- Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
Kesan Perjanjian Hudaibiyah
- Musyrikin Quraisy semakin lemah.
- Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
- Rasulullah S.A.W., mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
- Corak politik Rasulullah S.A.W., yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikisource mempunyai teks asal berkaitan rencana ini:
|
Dari sumber lain.
Sejarah Islam - Perjanjian Hudaibiyah.
Setelah sekian lama pertikaian tejadi antara Kaum Muslimin dengan Kafir Quraisy dan menyebabkan sering berlakunya peperangan dengan melibatkan korban yang bukan sedikit, maka akhirnya tejadilah suatu kesepakatan atau perjanjian damai antara dua kelompok yang bertikai tersebut.
Perjanjian ini lebih dikenali dengan nama PERJANJIAN HUDAIBIYAH. Perjanjian ini terjadi pada tahun 628 M disuatu tempat yang bernama Hudaibiyah. Oleh kerana itu perjanian ini disebut sebagai Perjanjian Hudaibiyah.
Pada awal-awal isi perjanjian ini dilihat telah merugikan Kaum Muslimin. Perjanjian ini disetujui oleh Baginda Rasulullah SAW yang menerima kritikan dari Para Sahabat. Namun setelah mendapat penjelasan dari Baginda Rasulullah SAW akhirnya Para Sahabat bersetuju dan mengetahui bahawasanya Isi Perjanjian Hudaibiyah ini sangat menguntungkan Kaum Muslimin.
Isi Perjanjian Hudaibiyah tersebut adalah:
1. Tidak saling menyerang antara Kaum Muslimin dengan Penduduk Mekah selama sepuluh tahun.
2. Kaum Muslimin menunda untuk melaksanakan Ibadah Haji dan diperbolehkan memasuki kota Mekah
pada tahun berikutnya dengan tidak membawa senjata kecuali pedang dalam sarungnya serta senjata
pengembara.
3. Sesiapa sahaja yang datang ke Madinah dari kota Mekah harus di kembalikan ke kota Mekah.
4. Sesiapa dari kalangan Penduduk Madinah yang datang ke Mekah., maka tidak boleh dikembalikan
ke Madinah.
5. Kesepakatan ini dipersetujui oleh kedua belah pihak dan tidak boleh ada pengkhianatan atau pelanggaran.
Kesepakatan lain dari Perjanjian Hudaibiyah ini adalah sesiapa sahaja dari Kabilah Arab yang lain boleh masuk dalam perjanjian Quraisy atau Rasulullah SAW dan perjanjian ini hanya berlaku dikalangan laki-laki, tanpa melibatkan kaum wanita.
Sumber: Sedikit Editan dari sumber asal, mengikut kesesuaian bahasa ibunda admin.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan