بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Punca Sebenar Pengerusi Mywatch Di Tembak Terbongkar.
Ketua badan pemantau anti jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan dikatakan
menerima beberapa ugutan bunuh selepas beliau mengancam untuk
mendedahkan identiti polis yang jahat, kata bapanya.
Sanjeevan sedang dalam proses mendapatkan perkhidmatan perlindungan
keselamatan 24 jam untuk keluarganya apabila beliau ditembak pada Sabtu
lalu.
"Dia ada memberitahu kami mengenai ugutan yang diterima tetapi tidak
memaklumkan siapa yang bertanggungjawab," kata bapa Sanjeevan, P
Ramakrishnan kepada The Malaysian Insider.
"Saya sudah banyak kali memintanya supaya berhati-hati. Saya nasihatkan
dia untuk tidak terlalu menyiasat perkara ini, tetapi dia berdegil,”
katanya.
Bapa berusia 63 tahun itu, berkata, Sanjeevan yang masih bujang adalah
anak bongsu daripada lima beradik itu amat rapat dengan keluarga dan
memberi amaran supaya semua ahli keluarga berhati-hati.
Ramakrishnan berkata, Sanjeevan sebelum ini menceburi bidang hospitaliti sebelum memberikan tumpuan sepenuh masa kepada MyWatch.
"Walaupun dia anak bongsu, boleh dikatakan dia agak matang, tetapi sering terbawa-bawa dengan apa yang dilakukannya," katanya.
Sanjeevan ditembak ketika berada dalam kereta bersama seorang rakan di
bandar Bahau, Negeri Sembilan, petang Sabtu. Penyerangnya dikatakan dua
lelaki bermotosikal.
Mereka melepaskan beberapa das tembakan kepada Sanjeevan, tetapi mangsa
yang terkena tembakan di dada selamat dan dipindahkan dari Hospital
Tuanku Jaafar, Seremban ke Hospital Serdang, semalam. Beliau yang
dikawal rapi dijadualkan menjalani pembedahan.
Anggota polis bersenjata juga ditempatkan berkawal di hospital. Seorang
ibu saudaranya yang enggan dikenali berkata, Sanjeevan sentiasa bekerja.
"Dia menganggap kerja anti jenayah sangat serius dan kami bimbang
keselamatannya setiap hari. Dia terlalu bercita-cita tinggi dan apa yang
berlaku ini umpama mimpi ngeri kepada kami," katanya.
Sejurus selepas kejadian tembakan itu berkata, bekas Ketua Polis Negara,
Tan Sri Musa Hassan menerusi akaun Twitternya berkata, Sanjeevan
ditembak kerana beliau akan mendedahkan beberapa anggota polis yang
dikaitkan dengan dunia jenayah.
Perkara ini turut didedahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang
berkata, Sanjeevan ada memberitahunya bahawa beliau mempunyai senarai
nama pegawai polis yang sedang disiasat atas kesalahan berkaitan dadah.
Pengarah Strategi PKR itu berkata, Sanjeevan memberitahunya bahawa
beliau yakin jenayah itu amat serius kerana pegawai polis yang disoal
siasat itu sedang disiasat mengikut seksyen undang-undang yang membawa
hukuman mati.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bagaimanapun, menggesa Rafizi untuk tampil dengan informasi itu.
Sumber: Addin Blog.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan