بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
MASYARAKAT ISLAM DI KIRUNA SWEDEN BERPUASA 24 JAM
Kiruna, Sweden (Bertanda "A"). Gambar-gambar Kiruna, Sweden klik SINI.
malaysiaberih.blogspot
paapaada.blogspot
“Kiruna
tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam
selama beberapa bulan,” kata seorang Muslim Kiruna, Ali
Melhem.
Lelaki
berusia 45 tahun ini mengatakan waktu puasa yang panjang tentu membuat dirinya
dan orang Islam lainnya kepenatan. Melhem tinggal di Kiruna sudah lebih dari 24
tahun. Sebelum ini Ramadan tiba ketika musim luruh.
Tetapi,
berbeza kali ini, Ramadan tiba ketika wilayah berdekatan Kutub Utara ini
memasuki awal musim panas. Melhem memang tetap berpuasa. Namun dia mengatakan,
puasa 24 jam penuh menjadi dugaan yang begitu berat. Terutama bagi isteri dan
anak-anaknya. ”Saya dan istri sudah berbincang dengan ulama-ulama di Iran dan
Iraq,” kata Melhem.
Perbincangan
itu bagaimana pun tidak memberi jawapan yang jelas. Melhem mengaku beliau
menganut Islam Syiah. Para ulama menyampaikan kepadanya untuk menunda puasa
sehingga musim gugur tiba. Sedangkan ulama lain memberi saranan agar tetap
berpuasa mengikut waktu berbuka di wilayah matahari terbenam yang
terdekat.
Petunjuk itu
memang ada. Sebahagian Muslim Kiruna juga mengikuti saranan ulama itu. Wilayah
terdekat dari Kiruna adalah Lulea dan Umea. Di dua tempat itu, malam diberi
kesempatan untuk muncul. Tetapi hanya satu jam. Bermakna, puasa di bahagian
selatan Kiruna mencapai 23 jam!
Dari sembilan
juta populasi muslim di Sweden, tercatat kira-kira 350 ribu penganut Islam.
Islamic Center di Malmo, Sweden mengatakan, komuniti muslim tersebut memang
kebanyakan tinggal di wilayah-wilayah tinggi. Musim panas ketika Ramadhan di
negeri tersebut, hingga sekarang belum mendapat penjelasan jelas dari pakar
agama dan ulama.
Di Finland
contohnya, bagi kalangan Islam Sunni di negara itu memilih mengabaikan
panjangnya hari-hari berpuasa. Mereka mengikuti waktu berpuasa muslim di Makkah
atau di Madinah, Arab
Saudi.
Sumber: Yahoo Email.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan