بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Huzaifah Al Kedahi
Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi | Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang
muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia
(LINK). Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali
mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman,
Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan
Islam..
Salahuddin Al-Ayubi
Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita
sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam
bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak
kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang
penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur
lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah
benar-benar berlaku..
Bila??
Suatu Masa Dulu…..
“”"”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid
Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”"”
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya
mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan
berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin
menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya
menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab,
bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam
yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang
sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama
Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air
minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau
meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau
kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan
kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan
rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan
perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali
sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera
musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap
tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England ,
musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian... Tiba-tiba ada
satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya..
siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau
sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri.
Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah
berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran
masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari
sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu
terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin
lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,.
Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong
dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang
ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar
berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela
Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum,
itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata
bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju
kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan
kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata
Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis
dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang
Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di
atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin
akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab
Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang
kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin
Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka
membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul
maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam
peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan
melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan
tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang
biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah
diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang
tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya
hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah
diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang
mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat
tersebut, Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum dengan muka yang
berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun
kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali
satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang
ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan
oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian, Lord Olenby yang
mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi
ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil
berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si
penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah
mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan
tamatnya perang salib, General Perancis, Goro telah datang ke kubur Salahuddin
Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
”Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai
disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat
islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat
dalam membantu menegakkan umat Islam
Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..
Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin
Al-Ayubi?
Reflexi dan cermin-cerminkan diri... mana tahap
kita?
astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…
Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor
berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan
hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..
Aku menggelengkan kepala…
mungkin ini generasi Salahuddin
Al-Ayubi??
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
***************************************************************************
* Selamat meyambut Aidil Fitri, maaf zahir & batin *
* Mereka yang menghantar spam MLM atau skim cepat kaya yang berulang-kali *
* akan terus di-block dari boleh menghantar posting. *
***************************************************************************
* Selamat meyambut Aidil Fitri, maaf zahir & batin *
* Mereka yang menghantar spam MLM atau skim cepat kaya yang berulang-kali *
* akan terus di-block dari boleh menghantar posting. *
***************************************************************************
.
__,_._,___
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan