بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
NEGARA ALAMAI KRISIS BEKALAN DIESEL : MENTERI GAGAL HARUS LETAK JAWATAN
Hari ini berlaku fonomena kebanyakan stesen
minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa
pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang
berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.
Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di
pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel. Che'GuBard
dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini
untuk program seterusnya.
Satu pengalaman yang luar dugaan apabila
mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahai
semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori
dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.
Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak
stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya
pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di semenanjung
tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.
Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya
telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling
parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.
SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari
menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk
Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab
penuh.
Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama
'berotak ayam' apabila memberi respon terhadap kenaikan harga ayam dengan
jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan
cakap jangan guna diesel?
Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk
mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak
'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota
subsidi?
Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet
kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat
minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan
dengan baik.
Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan
penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan.
CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
**Kenyataan ini ditulis jam
10.10mlm ketika tersadai di stesen shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu
lori
MelayuCyber.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan