Isnin, 1 Julai 2013

661. Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho. 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

-----------------------Program DAPJ  2013-------------------------------

Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) bagi Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Guru-guru Sukan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ini merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan United States Sports Academy. 


Kumpulan Sasaran:-

  • Guru-guru di bawah umur 50 tahun, cergas, sihat serta mampu mengikut amali dan terlibat secara aktif dalam bidang kejurulatihan sukan dan pengajaran Pendidikan Jasmani
  • Guru-guru di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri
  • PPP di Institut Pendidikan Guru, Bahagian, Jabatan dan Daerah

Matlamat dan Objektif:-

  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang aspek sains dan pendidikan jasmani
  • Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan jasmani


Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan dari Fakulti US Sports Academy kecuali subjek keperluan MQA yang akan diajar oleh tenaga pengajar tempatan.

Tempoh kursus adalah selama 50 hari dengan 400 jam berkursus. Setiap peserta wajib lulus semua tugasan dan penilaian untuk bergraduat.

Pembelajaran berasaskan 10 Modul iaitu :-

BIL
KOD
NAMA MODUL
1
CEE 523
SEMINAR IN SPORTS AND PHYSICAL EDUCATION
2
CEE 525
PHYSICAL FITNESS AND CONDITIONING
3
CEE 524
GAMES APPROACH TO TEACHING PE AND SPORTS
4
CEE 521
PRINCIPLES OF FITNESS AND HEALTH
5
CEE 568
PSYCHOLOGY OF PHYSICAL PERFORMANCE
6
CEE 571
PHYSICAL EDUCATION AND SPORT COACHING METHODOLOGY
7
CEEM 586 
ARTS IN EDUCATION (KEPERLUAN MQA)
8
CEEM 588 
ETHNIC RELATIONS (KEPERLUAN MQA)
9
CEE 526
PHYSICAL FITNESS TESTING, EVALUATION AND REPORTING
10
CEE 583
PE FACILITIES AND SPORTS EVENT MANAGEMENT

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang sains sukan dan pendidikan jasmani dari United States Sport Academy dan pensyarah tempatan bagi subjek MQA.

Guru-guru yang menghadiri latihan akan dianugerahkan Diploma Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan dari United States Sport Academy yang diakreditasi oleh Commission of Southern Association of Colleges and Schools.
TATACARA PERMOHONAN
  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/Kdp2013 atau menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Masing-masing 
  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 13 Jun 2013 sehingga 27 Jun 2013 
  3. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan dan diserahkan kepada JPN masing-masing. 
  4. Calon perlu melampirkan salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik, Jadual Waktu 2011 - 2013, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 3 Tahun berturut-turut dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan seperti dalam senarai semak. 
  5. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum 1 Julai 2013 JPN

Sumber:
Keputusan DAPJ 2012: http://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2012/ .
IN SYAA ALLAH BERMANFAAT. ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI SIFATNYA. 
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 

Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..  

Tiada ulasan: