Isnin, 1 Julai 2013

664. 1001 Sirah Nabi Muhammad SAW..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho. 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

"Kalau kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu, tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang. (Nasihatilah diri sendiri terawalnya.).

Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita?. Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, "hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu"

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah SWT., amalan itu akan menjadi macam debu. Bukan pahala kita dapat tapi bala

1001 Sirah Nabi Muhammad SAW..
...

Ada pun orang yang jahat, maka akan didudukkan dalam kuburnya dalam keadaan takut dan kecut hati.
Dan dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Dia menjawab: "Aku tak tahu". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Maka dia menjawab: "Aku mendengar orang-orang berkata, maka aku pun mengatakannya". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju Syurga, maka dia pun melihat hiasan Syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah SWT., telah memalingkanmu daripadanya". Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju Neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya. Sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu. Dahulu engkau meragukan dan engkau mati di atas keraguan itu dan di atas keraguan tersebut engkau akan dibangkitkan. In Syaa Allah Ta'ala." Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadith Nombor 4268

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang mati itu akan menuju kubur. Adapun Orang Yang Soleh, maka akan didudukkan dalam kuburnya tanpa perasaan takut ataupun kecut hati. Kemudian dikatakan padanya: "Dalam Agama apa engkau dahulu berada?" Lalu dia menjawab: "Aku dahulu berada dalam Agama Islam". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Dia menjawab: "Muhammad Rasulullah S.A.W., Dia datang kepada kami dengan membawa keterangan-keterangan dari sisi Allah SWT., lalu kami membenarkannya". Lalu dikatakan padanya: "Apakah engkau pernah melihat Allah SWT.,?" Maka dia menjawab: "Tidak sepatutnya seorang pun melihat Allah SWT.." Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju Neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya, sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah SWT., telah menjagamu daripadanya". Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju Syurga, maka dia pun melihat hiasan Syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu". Dan dikatakan padanya: "Dahulu engkau merasa yakin, dan engkau mati di atas keyakinan tersebut, dan di atas keyakinan tersebut engkau akan dibangkitkan In Syaa Allah."

Sunnah Rasulullah s.a.w added a new photo. 
Tazkirah
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw. bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat kesalahan terhadap seseorang, samada berupa kehormatan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum tiba hari yang tiada lagi harta, dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh (pahala), maka akan diambil darinya untuk menebus kesalahannya, jika dia tidak mempunyai pahala kebaikan, maka akan diambilkan dosa orang itu untuk ditanggungkan kepadanya." (HR. Bukhari dan Muslim)
Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam) shared Linda Yin's photo.

WAHAI SYI'AH ... LIHATLAH DO’A IMAM HUSAIN TELAH DIKABULKAN OLEH ALLAH TA’ALA DI DUNIA,


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: