Isnin, 1 Julai 2013

666. 9 waktu Mustajab.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho. 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Janji Allah Itu Pasti. 9 waktu mustajab untuk menasihati anak-anak.
ilmi-islam.com (Kisah romantik Nabi SAW)
Kata Aisyah, “Suatu hari, aku minum pada segelas cawan, ketika itu aku sedang haid. Kemudian Nabi SAW mengambil cawan tersebut dan mencari kesan mulut aku, lalu Nabi SAW minum air melalui kesan mulut yang ada pada cawan tersebut.

Suatu hari, aku makan sepotong daging bersama Nabi, ketika itu aku sedang haid. Kemudian Nabi SAW mencari kesan mulut dan gigitan aku pada daging tersebut. Lalu Nabi SAW meletakkan mulutnya pada kesan mulut dan gigitan aku, barulah Nabi mula memakannya.” (Direkodkan oleh Muslim, no. 300)

Fikrahhalaqah.com
Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
SHARING IS CARING:

Pihak polis ingin mengingatkan kaum wanita terutamanya supaya sentiasa berhati-hati ketika menggalas beg tangan apabila berada di tempat yang sesak seperti di dalam bas, ketika masuk/keluar dari panggung wayang, pusat membeli belah, pasar malam dan sebagainya.

Ini adalah kerana terdapat taktik baru yang digunakan oleh penyeluk saku iaitu dengan menoreh beg tangan dengan menggunakan senjata tajam ketika mangsa sedang leka.

Apabila berjaya ditoreh, ia memberi peluang yang lebih kepada penjenayah untuk mencuri dompet atau apa sahaja barang berharga yang terdapat di dalam beg tangan tersebut melalui ruang torehan berkenaan.

Kaum lelaki juga dinasihatkan untuk tidak menyimpan wallet di bahagian poket belakang seluar. Terdapat kes yang dilaporkan di mana torehan turut dilakukan di bahagian poket tersebut.

Berikut disertakan beberapa tips keselamatan yang boleh anda praktikkan supaya dapat mengelak daripada menjadi mangsa penyeluk saku.

1. Silangkan beg anda di hadapan supaya mudah untuk diperhatikan. Pastikan ia sentiasa berkunci atau berzip.

2. Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.

3. Elakkan dari berada dalam keadaan yang sesak atau berhimpit-himpit. Jika tidak dapat dielakkan, peluk beg tangan tersebut.

4. Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.

5 Elakkan dari tidur ketika berada di dalam bas atau LRT dan pastikan beg anda dijaga rapi. Elakkan dari membawa wang tunai secara terbuka di khalayak ramai 

Hanya ALLAH Yang Aku Sembah Hingga Akhir Hayat 

Dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas . Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah - sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita . Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya . Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat .. Hanya berada di dalam hati sendiri !

# Selamat Isyak Sahabatku Yang Mulia :)

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) 

JABATAN PENCEGAHAN DAN PEMBANTERASAN JENAYAH PDRM DILANCARKAN 

Sungai Siput, 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan jabatan baharu iaitu Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sebagai inisiatif terbaru mengurangkan jenayah. 

Penubuhan jabatan itu telah diluluskan oleh kerajaan pada 16 Jun lepas manakala bekas Ketua Urusetia Jabatan NKRA Bukit Aman Datuk Wira Ayub Yaakob dilantik mengetuai jabatan itu. 

Mengumumkan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini tiada jawatan baharu dibuka untuk jabatan itu namun hanya mengubah butir-butir jawatan sedia ada.

"Jabatan ini mmpunyai cawangan bukan sahaja di Bukit Aman tetapi di Kontinjen dan daerah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jabatan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini.

Katanya penubuhan JPPJ tidak menjejas Jabatan Siasatan Jenayah (CID) kerana hanya sebahagian daripada petugasnya akan diletakkan di jabatan baharu itu.

"Objektif utama CID lebih fokus memastikan siasatan kes berkualiti dan ia menjurus kepada penyelesaian kes manakala jabatan baharu ini adalah untuk mencegah dan membanteras semua bentuk jenayah," katanya.

Dengan penubuhan JPPJ, beliau berharap polis akan menjadi rakan yang disayangi dan disanjungi oleh masyarakat dan pada masa yang sama digeruni oleh penjenayah.

Objektif utama jabatan itu antaranya adalah untuk memastikan strategi dan pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah daripada berlaku, menghapuskan peluang perlakuan jenayah, menghapuskan hasrat untuk melakukan jenayah dan menangani serta mengurangkan persepsi kebimbangan jenayah. - BERNAMA

Beautiful world. Nature, love, art.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 
Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. 
>>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan: