بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Bagaimana aku harus bersabar menghadapi musuh dalam selimut?, sedangkan musuh dalam selimut berusaha membunuh kehidupanku. Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, api dalam sekam, harapkan pagar pagar makan padi.
Musuh dalam selimut boleh memusnahkan apa sahaja. Hubungan kekeluargaan. Hubungan kejiranan. Menimbulkan syak dan waham. Perasaan tidak selamat, walau pun tinggal di rumah sendiri.
Ciri-ciri musuh dalam selimut.
01. Suka buat kerja bertangguh. Apa yang disuruh tidak diikut. Yang tidak disuruh itu
yang dibuat. Pemalas.
02. Derhaka kepada ibu dan bapa. Jarang mengakui kesalahan dan kurang memohon maaf.
03. Suka berlagak pandai tetapi pencapaian sebenarnya cukup mem"bangsatkan".
04. Menjahanamkan dan menggadaikan segala barang orang lain. Banyak barang dan dokumen hilang.
Menggunakan barang orang lain tanpa izin dengan sesuka hati, bila ditanya jawapan pastinya "tak tak tak
tahu". Perosak peralatan dan kemudahan dan tidak akan memberitahu kerosakan yang terjadi.
05. Bila senang lupa orang yang pernah menolong. Tanpa segan silu bila susah, musuh dalam selimut
akan kembali semula kepada orang yang pernah dilupakannya.
06. Memberi tekanan perasaan dan gangguan mental kepada orang lain yang berhadapan dengannya.
07. Pandai wayang, pandai beralasan. Banyak pekerjaan dan wang ringgit lebur sia-sia.
08. Tidak boleh dipercayai. Pura-pura sakit. Menggunakan nama orang lain untuk tujuan yang salah.
09. Pelanggar peraturan kehidupan. Penipu dan suka putar belit. Kena buang sekolah. Kena gantung
asrama. Kena saman polis. Tersingkir dari kursus.
10. Hidup menjadi semakin sakit hati dan membosankan kerana berhadapan dengan angkara jahanam
simusuh dalam selimut.
Sumber lain:
Manfaat dari seorang musuh.
"MANFAAT DARI SEORANG MUSUH".
Adakalanya anda mendapati faedah yang lebih banyak daripada seorang musuh berbanding seorang sahabat.
Musuh melukaimu dengan KRITIKAN dan BANTAHAN. Musuh tidak berlembut denganmu seperti mana seorang sahabat. Lalu, anda mengetahui aib-aib anda.
Musuh menyaingi anda, lalu ia menjadi pendorong semangat untuk anda mencari yang lebih baik dan bersegera melakukan perkara-perkara yang lebih mulia.
Musuh membalas kesalahan anda, lalu anda BERSABAR dan TABAH , lalu anda beroleh pahala orang yang sabar.
Musuh menunjukkan kesilapan anda, lalu anda meminta ampun. Musuh memberitahu tentang kekurangan anda, lalu anda membetulkannya. Musuh memberitahu manusia lain akan kesalahan anda, secara
tidak langsung ia telah menyebarkan bagi anda kemahsyuran, pahala dan peringatan.
Musuh sentiasa mengintai anda, lalu menjadikan anda berhati-hati dan berjaga-jaga sentiasa. Ada kalanya musuh menyusahkan anda!. Lalu anda bersabar dengannya, maka ia adalah musibah yang diberi pahala jika anda dapat bersabar.
p/s : musuh yang tak nampak sangatlah berbahaya (musuh dalam selimut) "batu sampai tapi tangan tak nampak" sumber : ''Petua Menjadi Manusia Cerdas" - Dr Aidh al-Qarni
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan