بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] malaysiaberih.blogspot
asalkanbukanumno.blogspot
harakahdaily.net
Dato’
Tuan Ibrahim Tuan Man
Pernahkah Allah SWT., menyuruh umatnya menghapuskan segala
yang haram? Atau sekadar menghindarkan benda yang haram?
Tanpa ada halal dan haram wujud bersama, bagaimana manusia, terutama umat Islam boleh diuji akalnya untuk mendekati yang halal dan menjauhi yang haram?
Ingatlah, benda haram, seperti khinzir juga adalah mahkluk ciptaan Allah SWT.. Setiap yang dicipta ada tujuannya, ada sebagai sumber makanan, ada sebagai ujian kepada manusia, menguji iman dan sama ada kita akan ingkar pada ajaran Allah dan sebagainya.
Pemimpin dan pengikut Islam boleh berusaha mengurangkan elemen haram di sekeliling mereka, namun jangan sesekali meletakkan objektif untuk menghapuskannya sama sekali, kerana ia tidak mungkin berlaku.
Sebagai contoh, anggota badan seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan alat kelamin diberi Allah SWT.. - dan Allah SWT., melalui Quran turut mengajar bahawa ia harus digunakan secara halal dan benda halal, namun tetap ada pemimpin dan pengikut Islam yang ingkar arahan-Nya - mulut digunakan untuk menipu, tangan diguna untuk mencuri, kaki digunakan untuk melukakan orang lain, alat kelamin digunakan untuk berzina dan sebagainya.
Seperti juga seorang bapa yang takut anaknya terjatuh, beliau cuba meratakan lantai rumahnya, menghabiskan duit membeli karpet dan sebagainya - si anak sentiasa berasa selamat... tapi apabila keluar dari rumah, anak ini tidak mengenal apa yang bahaya dan tidak kerana bapanya tidak pernah mengajarnya dan hanya melindunginya secara buta-buta.
Sebagai satu contoh lagi, antara memilih untuk menonton wayang atau menghadirkan diri ke Kursus Agama Islam, anak kita perlu dididik membuat keputusan yang betul, daripada hanya memaksanya menghadiri Kursus Agama Islam sahaja.
Bahkan, di setiap kamar tidur, antara suami-isteri juga boleh berlaku hubungan yang haram sekiranya bisikan syaitan menguasai minda kerana kekuatan Agama yang nipis.
Hanya didikan Agama Islam yang cukup sahaja dapat seseorang pemimpin dan pengikut Islam membezakan yang halal daripada haram, dan yang haram daripada yang halal.
Yang perlu ditekankan ialah cara Pemimpin dan Pengikut Islam untuk mengenal dan membezakan apa yang haram, dan belajar menguatkan iman dengan Didikan Agama Islam yang cukup untuk menghindarinya. Itu adalah lebih baik sebenarnya.
Mengetahui halal bukan bermakna melakukannya, mengetahui yang haram, bukan bermakna menjauhinya. Kerana tahu sahaja tiada beza dengan tidak tahu, kalau tidak diiringi dengan tindakan.
Senyum.

Ibnu Yusarie · Top Commenter
Semua kena ambil perhatian akan maksud
sebenar artikel ini, bkn setakat bc sj malahan terjemahkan dlm setiap tindakan
& perbuatan.
Shamsuddin Abu Bakar · Top Commenter · Sekolah Ketukangan Perantis Angkatan Tentera
alhamdulillah.terima kasih nasihat
DATO".
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan