بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Jerebu: Timbang fatwa tak wajib solat
Jumaat
Mufti-mufti di negeri yang mengalami masalah
jerebu serius digesa mempertimbangkan fatwa tidak mewajibkan solat Jumaat
seperti dilaksanakan di Singapura.
Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin dan pensyarah terkenal Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana
fatwa Singapura itu menepati sunah seorang sahabat Ibn Abbas.
Kata mereka lagi, Ibn Abas pernah menyuruh
penduduk Madinah bersolat di rumah pada hari Jumaat kerana hujan lebat.
Di dalam kes jerebu yang melibatkan kesihatan,
maka lebih utama untuk kaum Muslimin tidak memberatkan diri untuk menghadiri
solat Jumaat," kata mereka dalam kenyataan bersama kepada Malaysiakini
semalam.
Mereka juga menggesa agar pihak berkuasa agama
negeri-negeri yang terlibat serius dengan masalah jerebu agar mengadakan solat
istisqa (solat meminta hujan) di setiap peringkat.
Pejabat Mufti Singapura mengeluarkan fatwa
bahawa penganut Islam di republik itu tidak perlu ke masjid untuk menunaikan
solat Jumaat berikutan masalah jerebu yang semakin serius, lapor AFP.
Ini kerana jerebu memberi kesan negatif kepada
kesihatan dan mungkin boleh mengancam nyawa, kata pejabat Mufti Singapura.
Orang ramai dinasihatkan menunaikan solat Zohor
di rumah atau di mana-mana sahaja. Berdasarkan data 2012, umat Islam Singapura
mewakili kira-kira 13 peratus populasi keseluruhan negara itu.
Indeks jerebu Singapura sebelum ini mencatat
tahap kritikal iaitu 401 yang mampu mengancam nyawa pihak yang mengalami masalah
kesihatan dan warga emas sekiranya keadaan itu kekal selama 24
jam.
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan