Rabu, 3 Julai 2013

706. Ingatlah orang PERTAMA akan dihukum Allah ialah Orang Yang Mengerti Al Quran..!!.




بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

"Sesungguhnya ilmu itu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kalian mengambil agama kalian."
(diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Muqodimah Kitab Shohihnya 1/14).

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. Bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya."
(43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia'). 

Sumber gambar:  yulianurz

Posted by Kedah Lanie
Rasulullah SAW. bersabda:

“Pada hari kiamat Allah SWT akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

Allah SWT akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: “Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku..?…

Orang itu menjawab: “Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang.”

Allah SWT berfirman, yang ertinya: “Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, Malaikat juga berkata demikian.”

Datang orang kedua, lalu Allah SWT bertanya: “Kenapa kamu terbunuh..?” Jawab orang itu: “Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu.”

Allah berfirman: “Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, Malaikat juga berkata demikian.”

Kemudian datang orang ketika pula: “Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu..? “Jawab orang itu:

“Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah.”

Lantas Allah SWT berfirman: “Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, Malaikat juga berkata demikian.”

Sabda Rasulullah SAW lagi:

“Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka.”

___________________

# In Syaa Allah bermanfaat buat Umat Nabi Muhammad SAW.. Hamba Allah SWT.. 


وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 
                              Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: