Khamis, 4 Julai 2013

736. Hasan Jendul.

Antara kau, topi dan seluar dalam...

Pada suatu hari, Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Senah. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat SOGO. 

Oleh kerana mereka baru dua bulan berkawan, jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Senah satu topi kain fesyen baru, saje supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat.

Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru sebab ada sale hari itu. 

Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Hasan! Selepas membayar Hasan Jendul pun terus pergi ke kaunter hadiah dan suruh dia orang bungkus tanpa check dulu. 

Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Senah serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.

Surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie:

Istimewa untuk kekasihku Mek Senah,

San pilih hadiah nie kerana Senah tak pernah pakai bila kita keluar
jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas.  

Kalau bukan sebab adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembab sangat.  Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada
bunga tu nampak cantik pulak. 

San pilih warna hitam tu supaya tak nampak luntur. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Senah punya sebab
saiz promoter tu lebih kurang Senah je. 

Memang cantik dan menarik!. Harapnya Senah suka sebab San rasa memang sesuai dengan Senah. Tak sabar rasanya nak tengok Senah pakai depan San. San harap Senah akan pakai untuk San hujung minggu nie. 

Salam sayang untuk kekasihku, Mek Senah...

P.S: Kalau Senah nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

Yang Menyayangimu, Hasan JenduL. 





Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: