Sabtu, 6 Julai 2013

753. Memperniagakan Ramadhan dan Aidil Fitri.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Like This Page · 9 hours ago



Kenyataan Media MAPIM
4 hb Julai 2013

MAPIM SERU HENTIKAN KOMERSIALISASI RAMADHAN DAN AIDIL FITRI. 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) mengesa seluruh umat Islam menghentikan tren dan amalan komersialisasi Bulan Ramadhan dan sambutan Aidil Fitri.

Menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri yang akan dilalui umat Islam tahun ini sekali lagi menyaksikan gejala merosakkan ibadat berpuasa dan mengamalkan budaya pembaziran berleluasa.

Gejala membiarkan bulan Ramadhan dan Aidil Fitri dicemari dengan berbelanja bermewahan dan memenuhi nafsu dengan makan yang melampau dan acara hiburan dan memperaga fesyen Hari Raya yang bertentangan dengan syariat akan menghilangkan erti ibadat puasa yang dituntut oleh Islam.

Kami sangat kesal dengan gejala pihak peniaga mengambil kesempatan mengkomersialkan Ramadhan sehingga menawarkan majlis iftar dengan ratusan aneka juadah yang tidak sepatutnya.

Soalnya apakah ini selaraskan dengan maksud Ramadhan yang disambut untuk membentuk kesederhanaan dalam amalan makan dan gaya hidup dikalangan kaum Muslimin.

Tujuan ibadat berpuasa bulan Ramadhan adalah untuk mencapai keinsafahan menahan keinganan nafsu haloba dan serakah dalam seluruh aspek kehidupan bertujuan mendidik syakhsiyyah Muslim yang lebih sedar dan menghisab diri supaya mengekang segala kegejolohan diri.


Akan tetapi nyata apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah bertentangan samasekali bila ramai warga masyarakat Islam berpusu-pusu menjamu selera makan dengan berbuka puasa dihotel dan restoran, seolah bulan yang sepatutnya merupakan "pesta beribadat" bertukar menjadi " bulan pesta makan dan berbelanja mewah".

Kini musim iklan berbuka puasa di restoran dan hotel mewah memenuhi ruang iklan samada dalam media cetak mahupun media elektronik. Ruang iklan yang merata-rata kelihatan dipamirkan dengan tawaran ratusan juadah melambangkan seolah bulan Ramadhan adalah bulan menjamu selera makan yang tidak terbatas disamping perbelanjaan yang sangat bermewahan.

Kami mendapati bukan sahaja ini adalah pencemaran yang merosakkan dan menghina ibadat agama malah menggalakkan ketamakan nafsu yang sepatutnya menjadi tumpuan untuk dijinakkan agar lebih sederhana dalam gaya hidup.


Malangnya tidak ada teguran yang bersungguh dari pihak berkuasa untuk menghentikan tabiat dan budaya mengkomersialkan ibadat berbuka puasa melalui iklan yang berleluasa. Tidak ada polisi untuk mengawal komersialisasi berlebihan terhadap amalan agama sehingga menyebabkan terhakisnya penghormatan terhadap kemuliaan agama pada bulan Ramadhan dan sambutan Syawal.

Akibatnya semua peniaga menjadikan bulan Ramadah yang diberkati ini sebagai kesempatan untuk mengaut keuntungan lumayan dengan memancing pelanggan untuk memenuhi nafus makan yang tidak terkawal.

Kami melihat perbuatan ini sebagai suatu amalan jahiliyyah yang sepatutnya diingatkan oleh para alim ulama dan difahami oleh umat Islam sebagai salah satu agenda yang perlu dibentaras.


Akibat hal ini tidak diperingatkan ternyata umat Islam membiarkan dirinya menjadi mangsa kepada nafsu yang tidak dikekang apabila mudah terpengaruh dengan tren membeli dan makan tanpa batas atas nama menikmati makanan dan berbelanja berlebihan pada bulan Ramadhan.

Lebih parah lagi ialah apabila pembaziran makanan yang sangat banyak tersisa akibat ada yang tidak menghabiskan makanan masing-masing bila berbuka puasa. Timbunan sisa makanan yang dibuang menunjukkan umat Islam gagal memahami larangan Islam yang jelas terhadap amalan membazir .

Pembaziran makanan menjadi sangat ketara di hotel dan di restoran apabila berpusu-pusu masyarkat Islam menjamu selera dengan aneka juadah tetapi akhirnya tidak menghabiskan makanan dan minuman yang ditempah kerana kekenyangan.


Mapim menegaskan amalan ini perlu dihentikan segera. Natijah dari komersialisasi ibadat berbuka puasa adalah satu pencemaran yang tidak boleh ditolak ansur dan mesti diperangi habis-habisan.

Kami menuntut supaya pihak berkuasa agama mengeluarkan larangan tegas supaya kemuliaan ibadat puasa tidak dijadikan komoditi perniagaan dan umat Islam perlu diingatkan bahawa amalan ini perlu dihindari.

Demikian juga kami bertegas bahawa komersialisasi perayaan Hari Raya juga sangat serius dikalangan masyarakat sekarang. Budaya membeli belah yang melampau sehingga nilai dan semangat Aidil Fitri ditenggelam oleh iklan barangan pengguna untuk memukau umat Islam supaya melupakan erti sebenar ibadat Aidil Fitri itu sendiri.


Natijahnya ialah apabila banyak pihak yang terperangkap dengan amalan bermewahan dalam menyambut Hari Raya sehingga pengertian menyambutnya berlawanan samasekali dengan apa yang dituntut oleh syariat.

Kami juga melihat pelanggaran tuntutan syariat Islam dalam banyak acara samada sambutan Hari Raya baik dengan cara memperagakan pakaian dan perhiasan mewah dan tidak memenuhi tuntutan menutup aurat mahupun dalam penganjuran hiburan yang tidak sesuai dengan kehendak Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Sumber:
MAPIM SERU HENTIKAN KOMERSIALISASI RAMADHAN DAN AIDIL FITRI


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
                                            Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..  

Tiada ulasan: