Timeline Photos
Krisis Mesir: Wajah sebenar AS terdedah
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
6 Julai 2013
SAYA membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir?

Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi
kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau
ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun
menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam
gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.
Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Mursi berjalan lancar.

Justeru tidak pelik
jika AS yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba
menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak
terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang
terkenal selama ini menjadi alat AS di Timur Tengah.
ALLAH SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal ALLAH SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku.

ALLAH SWT
menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang
sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun
Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat
mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.
Israel mewakili Yahudi dan AS mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya ALLAH SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah.

Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng
penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan
kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan sekular
yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.
Saya yakin, AS dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan?.

Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan
dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di
Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka
berpegang kepada prinsip demokrasi?
Itulah Yahudi dan AS. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan AS.

Tidak ketinggalan
juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihan raya lalu
mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.
Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.
Salam hormat.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (Pas)

Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan