Subahanallah,Kebenaran Sabda Rasulullah Terbukti Di Syiria. (www.youtube.com/watch?v=H7khzRh3QVk).
Labels:
Agama,
Islam,
Isu Semasa
Suara-suara yang datang dari bawah tanah membuatkan orang ramai mengalihkan pandangan mereka ke bawah runtuhan itu. Mereka dengan segera menyelamatkan orang yang berada di bawah runtuhan tersebut.
Ternyata seorang gadis muda masih terperangkap di bawah runtuhan rumahnya itu selepas rumah mereka terkena bedilan serangan udara daripada tentera Assad.
Adakah anda tahu, perkataan apa yang pertama sekali diucapkan dari mulut gadis muda itu ketika orang ramai turun berkerumun untuk menyelamatkan beliau?
Inilah kata-kata pertama yang beliau ucapkan sebaik sahaja dia melihat cahaya, “Ayah, saudaraku, tolong hentikan (alihkan) kamera itu, saya tidak memakai tudung!”
Beliau adalah seorang gadis Syria yang tulen. Dengan jelas, dia berkelakuan seperti seorang muslimah sejati.
Apa yang anda fikirkan, Apa yang bermain di fikiran si gadis muda itu dan perkara yang beliau lebih pentingkan? Adakah gadis melayu yang lain tak berasa cemburu dengan akhlak gadis Syria tadi?
Meskipun dalam keadaan cedera dan lemas kerana tidak ada udara di bawah runtuhan tadi, namun beliau tetap mengingatkan orang ramai yang berada di sekelilingnya bahawa beliau
belum mengenakan tudungnya. Sungguh beliau adalah contoh gadis muslimah Syria yang menunjukkan akhlak-akhlak Islam dan terpelihara maruahnya.
Ini hanya satu contoh kecil, bagaimana pula dengan akhlak-akhlak penduduk Syria yang lain. Dan seandainya muslim sedunia tahu, bagaimana rupa kemuliaan akhlak-akhlak penduduk Syria (Syam) ini, sungguh mereka tidak akan mahu kehilangan orang-orang yang mempunyai akhlak-akhlak tersebut dan ingin bersama-sama hidup bersaudara dalam satu komuniti.
Sungguh benar sabda Nabi S.A.W yang bersabda tentang keberkatan yang menyinari di tanah Syria (Syam) ini, kerana keindahan akhlak penduduk Syria dan ketaatan mereka pada agama yang menyinari negara itu.
Sekarang kita sedia maklum, kenapa orang-orang Kuffar dari kalangan Syiah mahu membunuh seluruh penduduk Syria [Sunni], kerana mereka takut sinar yang terpancar dari akhlak dan ketaatan penduduk Syria [Sunni] ini menunjukkan kebusukan ajaran Syiah yang sesat lagi menyesatkan. Wallahua’lam.
-Kisah penuh,klik disini-
Sumber:
Subahanallah,Kebenaran Sabda Rasulullah Terbukti Di Syiria.
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
"Bapa saudaraku, tolong berhentikan kamera, saya tidak memakai tudung!"
Inilah kata-kata pertama yang beliau ucapkan sebaik sahaja dia melihat cahaya.