Slot Kisah Para Sahabat (Saidina Abu Bakar)
"Apakah ada apa-apa makanan untuk saya sarapan pagi ini?" tanya Saidina Abu Bakar kepada isterinya..
"Tidak ada apa-apa lagi untuk dimakan, wahai suamiku," jawab Habibah..
Baru Abu Bakar as-Siddiq teringat sudah beberapa hari dia tidak
berniaga kerana sibuk dengan pelbagai urusan setelah dilantik sebagai
khalifah. Sumber pendapatannya sebagai peniaga terputus kerana itulah
mata pencariannya...
"Pagi ini saya akan berniaga di pasar.
Pulang nanti, saya belikan tepung dan susu untuk makanan dan minuman
kita," kata Abu Bakar sambil menyuruh isterinya bersabar.
"Tetapi kekanda belum sarapan lagi," kata Habibah pula...bimbang hatinya melepaskan suaminya pergi dengan perut kosong..
"Jangan risau kerana kekanda sudah berniat puasa sunat," balas Saidina Abu Bakar..
"FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan