1001 Sirah Nabi Muhammad. Berbuka
puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar
yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa
kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau
makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya
mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat
berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap
badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata
seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates
di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat
memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat
saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada
waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini
boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan
tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan
meningkatkan kolesterol.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan