بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
24 Jun 2013
PANDANGAN
Kejuruteraan kimia dalam Al-Quran
Di dalam Al-Quran, terkandung ayat-ayat yang mengajar manusia mengenai sains dan teknologi, contohnya kejadian manusia di dalam Surah Al-Alaq (kejadian) dan penggunaan besi di dalam Surah Al-Hadid (besi). Menjadi kewajipan umat Islam memahami intipati Al-Quran yang merupakan kalam Pencipta (Allah) kepada kejadian yang dicipta (manusia) sebagai panduan hidup yang meliputi segala bidang, termasuklah bidang kejuruteraan kimia.
Ayat 7 dan 8 di dalam Surah Al- Zalzalah (gempa bumi) berbunyi: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya."
Ia memberikan gambaran kepada manusia bahawa mereka akan menjalani hisab dan jaza' (pembalasan) sebelum dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka di atas kebaikan dan kejahatan yang mereka lakukan semasa di dunia walaupun perbuatannya sebesar zarah. Perkataan 'zarah' ini dalam istilah kimia merujuk sama ada kepada molekul, atom ataupun ion yang terlalu seni (kecil) yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terhad untuk dilihat dengan peralatan saintifik yang canggih serta kompleks seperti Transmission Electron Microscopy (TEM) dan Nuclear Magnetic Resonance (NMR).
Saiz satu zarah boleh bermula dengan pengukuran terkecil Angstrom meter (x10-10m). Manusia mempercayai kewujudan molekul, atom dan ion yang abstrak (pada saiz Angstrom meter) walaupun tidak dapat dilihat, disentuh dan dirasa.
Apabila molekul, atom dan ion membentuk atau bergabung menjadi sebatian bahan, barulah sifat-sifatnya dapat dilihat, disentuh dan dirasai. Contoh sifat-sifat tersebut seperti warna, bentuk, fasa, kebolehlarutan, menghakis dan sebagainya. Konsep ini sama dengan konsep ketuhanan, yang tidak dapat dilihat, didengar, dirasa dan disentuh, tetapi masih ada manusia yang tidak mempercayai kewujudan Penciptanya.
Apabila manusia mula mempercayai kewujudan zarah, muncullah bidang pengajian asas kimia sehinggalah ia berkembang menjadi bidang kejuruteraan kimia bagi pembangunan dan perkembangan kehidupan manusia seterusnya. Teori awal kewujudan atom telah dikesan oleh ahli falsafah Greek iaitu Democritus dan seterusnya telah dimodenkan lagi konsepnya dan teorinya oleh John Dalton sekitar 1803.
Di dalam ayat Al-Zalzalah ini, Allah swt menerangkan bahawa besarnya impak perkara baik dan buruk yang kita lakukan semasa di dunia akan memberi kesan kepada kehidupan manusia dan alamnya walaupun sebesar zarah. Konsep impak yang besar ini walaupun sebesar zarah perlulah diambil perhatian oleh seorang jurutera kimia dalam menjalankan tugasnya mengawal proses kimia harian dalam bidang industri.
Sifat-sifat zarah ini perlu difahami serta dihalusi dengan teliti agar tidak memberi kemudaratan dan permasalahan di dalam sesuatu proses kimia yang berskala atau bersaiz besar. Sifat-sifat zarah seperti kebolehlarutan, potensi kimia, corak taburan cas, daya tarikan, daya tolakan, saiz molekul, keelektronegatifan, kebolehan membentuk ikatan kimia seperti ikatan hidrogen pada skala mikroskopik antara yang akan mempengaruhi sifat proses kimia pada skala mikroskopik seperti kebolehaliran, ketumpatan, termodinamik, perubahan fasa dan kebolehcampuran.
Antara contoh yang ketara kenapa sifat dan kelakuan molekul perlu difahami ialah pembentukan pepejal hidrat semasa proses pengeluaran gas hidrokarbon dari telaga simpanan gas dan minyak. Campuran gas hidrokarbon-air itu mempunyai gas lain juga seperti NOx, SOx yang menyebabkan molekul NOx, H2S, SOx lebih tertarik kepada molekul air bagi membentuk ikatan hidrogen yang kuat dan banyak.
Lama-kelamaan apabila kepekatan (bilangan molekul) campuran air, NOx, SOx makin bertambah, titik supersaturasi akan dicapai untuk memacu perubahan fasa gas kepada pepejal yang bersaiz nano.
Pepejal bersaiz nenometer (x10-9m) ini kemudian akan semakin besar membentuk kerak pada dinding pada aliran paip. Kerak ini akan lebih membesar seperti yang berlaku pada paip singki di dapur kita yang akan menyebabkan aliran bendalir tersumbat. Seterusnya, ia akan menyebabkan operasi pengeluaran tergendala serta menyebabkan kerugian kos beratus juta ringgit.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, para saintis dan jurutera dari syarikat terkemuka seperti Shell, BP, BASF, GlaxoSmithKlime dan Pfizer telah lama mengkaji dan memahami sifat asal zarah dalam peringkat pembangunan proses dan produk industri kimia mereka agar dapat dikawal dengan baik bermula daripada peringkat molekul.
Sebagai kesimpulan, jurutera kimia perlulah mula melakukan anjakan ilmu untuk memahami proses yang mereka kendalikan bermula dari peringkat molekul yang sejajar dengan saranan Al-Quran kepada manusia.
Jurutera kimia juga haruslah berpegang teguh dalam mengamalkan etika profesyen kejuruteraan yang betul kerana setiap tindakan yang dilakukan akan memberikan impak yang besar kepada manusia dan alam sekeliling kita.
Nota: Penulis pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang. Rencana ini disiarkan di 'Utusan Malaysia'.
'AJAIB'NYA KEJURUTERAAN KIMIA:
Pelajar kejuruteraan kimia ini menunjukkan sabun cecair yang
dihasilkannya (kanan) daripada minyak terpakai (kiri). - Foto fail.
Sumber:
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan