بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Tentang DOA. Aku sungguh takut Allah S.W.T., aku juga takut doaku ditolak, tapi.... aku lebih takutkan...jika aku tidak diberi Hidayah Untuk Terus Berdoa.
Do'a itu bukan sekadar untuk memberitahu kepadaNya, kerana
Dia Maha mengetahui..
Bukan juga sekadar untuk menunjukkan kita meminta, kerana
Dia Maha Pemurah, memberi tanpa dipinta..
Tetapi sebenarnya do'a adalah untuk menunjukkan keperluanmu kepadaNya, menunjukkan kamu sangat bergantung harap kepadaNya..
Kerana Allah lebih suka kepada hamba-hambaNya yang sentiasa memohon, meminta dan merintih kepadaNya, disebabkan itulah tanda kehambaan dan kefaqiran diri kita kepadaNya... Allahu'alam..
Seandainya kita benar-benar meletakkan diri kita sebagai seorang hamba, sudah pasti kita sentiasa berdo'a dan meminta kepadaNya walaupun tiada apa yang dipinta untuk di dunia, tetapi sebenarnya untuk akhirat sentiasa ada sebenarnya seperti dijauhkan drp api neraka dan dimasukkan kedalam syurgaNya..
[We Love Islam]
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala
bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap
dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut
perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka,
tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu.
Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA
ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan