Sabtu, 13 Julai 2013

909. Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
KUALA LUMPUR, 11JULAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah.

Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam soalannya kepada KDN semalam mempersoal rasional rampasan 1,408 akhbar Suara Keadilan,Harakah (1,062) dan The Rocket (70)KDN mendakwa rampasan akhbar Suara Keadilan ekoran pengedaran dan penjualan akhbar kononnya menyalahi undang-undang.

"Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan KDN pada 28 Jun 2010 kepada penerbit meminta penjelasan mengapa penerbit tidak boleh dikenakan tindakan dibawaha AMCP 1984.“Penerbit menjawab surat itu pada 29 Jun 2010 tetapi jawapannya gagal memuaskan hati KDN. Justeru Surat Penjelasan dikeluarkan pada 2 Julai 2010,” jawabnya melalui Jawapan Lisan.

Penjelasan dikemukakan menjawab Sim yang bertanyakan Suara Keadilan akan diberikan permit penerbitan semula dibawah Akta Penerbitan dan Pencetakan.Namun soalan Sim berhubung Utusan Malaysia yang masih terbit dan diedarkan walaupun sering menghadapi saman fitnah, gagal dijawab KDN. ~keadilandaily

Sumber:
Punca BN Tewas PRU13 Tersebar..

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: