بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
shared a link via Dunia Maklumat.
Persidangan Ikatan Ulama Muslimin Tentang Isu Semasa Mesir Di Istanbul:
Oleh: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Pada 1 Ramadan 1434H bersamaan 10 Julai 2013,Ikatan Ulamak Muslimin
Sedunia telah mengadakan satu persidangan khas yang berpusat di
Istanbul.
Dalam pertemuan tersebut,beberapa resolusi berkenaan peristiwa semasa yang berlaku di Mesir telah disepakati antaranya:
1. Kuasa pemerintahan yang ‘diamanahkan’ kepada Dr.Muhammad Mursi
adalah sah menurut syarak,dan wajib ke atas seluruh rakyat Mesir untuk
memberikan taat setia,penghormatan serta bantuan kepada beliau.
2. Mazhab Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah berpendirian bahawa haram
mengingkari pemerintah muslim,memberontak dan menamatkan tempoh
pemerintahannya melalui rampasan kuasa.
3. Semua golongan yang terdiri daripada latar belakang dan agama yang
berbeza khususnya umat Islam diwajibkan untuk menyelamatkan dan
memulangkan kuasa pemerintahan tersebut.
4. Pihak tentera perlu menyedari kesilapan mereka,malah seluruh
rakyat dilarang daripada menimbulkan sebarang bentuk provokasi yang
boleh mendatangkan huru-hara serta fitnah.
Rentetan daripada saranan tersebut,maka persidangan Ikatan Ulamak
Muslimin di Istanbul telah menetapkan DUA garis panduan syariat seperti
berikut:
- Pihak tentera mesti meletakkan semua perkara kembali pada kedudukan yang selayaknya,dan menutup semua ruang kerosakan.
- Wajib ke atas Ilmuwan Islam di Mesir khususnya ulama Al-Azhar untuk
tampil menerangkan tentang pengharaman mengingkari kuasa pemerintah
muslim yang dipilih melalui pilihanraya.
Juga wajib mengembalikan garis pandu syariat di atas landasannya
serta menerangkan kepada rakyat tentang kewajipan memberikan taat setia
kepada pemerintah.
Persidangan tersebut diakhiri dengan harapan agar Mesir terus menjadi
sebuah negara yang aman dan berpendirian teguh membangun bersama
syariat Islam.Antara pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut ialah:
- Ikatan Ulamak Muslimin.
- Ikatan Ulamak Syariah Negara-negara Teluk.
- Majlis Dakwah dan Motivasi Islam.
- Kesatuan Ulamak Afrika.
- Kesatuan Muslimin Eropah.
- Majlis Ulamak Indonesia.
- Ikatan Pendakwah Sedunia.
- Majlis Syura Ulamak Damascus.
- Ikatan Ulamak Sunni.
- Perbadanan Syariah Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan.
- Hal Ehwal Ulamak Yaman.
- Ikatan Ulamak Syria.
- Kesatuan Ulamak Sudan.
- Ikatan Ulamak Kuwait.
Sumber : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dCwv7unlqNI#t=0s
Sumber:
Persidangan Ikatan Ulama Muslimin Tentang Isu Semasa Mesir Di Istanbul.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala
bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap
dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut
perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka,
tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu.
Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA
ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan