بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
TINDAKAN
Amerika dan sekutunya (menyokong rampasan kuasa) adalah menghina umat
Islam Mesir yang telah membuat keputusan memilih seorang presiden dari
kumpulan Islamis secara sah.
Sikap
Amerika itu adalah kelangsungan daripada penghinaan yang pernah
dilakukan oleh regim sekular Mesir sebelum ini yang dipimpinan oleh
Gamal Abdel Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.
Sesungguhnya penghinaan Amerika itu samalah dengan puak-puak Ahli Kitab yang sentiasa bersikap suka menghina orang Arab dan sanggup berdusta terhadap Allah S.W.T..
Sesungguhnya penghinaan Amerika itu samalah dengan puak-puak Ahli Kitab yang sentiasa bersikap suka menghina orang Arab dan sanggup berdusta terhadap Allah S.W.T..
Menurut
Al-Quran, Ahli Kitab itu berkata: "Tidak ada jalannya kami menanggung
dosa mengenai orang-orang yang Ummi (ditujukan kepada orang-orang Arab),
dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka
mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." (Maksud Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 75).
Berdasarkan firman Allah SWT ini, seharusnya umat Islam menganggap penghinaan Amerika itu sebenarnya turut menghina secara langsung persoalan hak dan akidah umat Islam Mesir, malah di seluruh dunia.
Berdasarkan firman Allah SWT ini, seharusnya umat Islam menganggap penghinaan Amerika itu sebenarnya turut menghina secara langsung persoalan hak dan akidah umat Islam Mesir, malah di seluruh dunia.
Ini
kerana umat Islam diajar untuk memilih kebenaran dalam melantik
pemimpin yang benar-benar ingin melaksanakan Islam dalam urusan
kerajaan. Maka sikap Amerika dan sekutunya itu sudah mencabar iman umat
Islam kerana mendorong umat Islam mengikut telunjuk mereka.
Justeru atas prinsip keimanan (menjaga akidah) didoakan agar umat Islam di Mesir dibekalkan oleh Allah kekuatan dan kemenangan demi menjulang panji-panji perjuangan Islam terus subur di bumi anbiya' itu.

Kepada
Amerika ingatlah, sehebat mana sekalipun kamu dalam mencaturi politik
umat Islam Mesir, akan sampai ketikanya kamu pasti berdepan dengan
kemusnahan. Lihatlah sebelum ini Rusia, salah satu kuasa besar dunia
turut menjadi pencatur utama politik dunia, akhirnya Rusia tidak boleh
gah lagi. Ia berpecah-belah setelah kebangkitan kuasa rakyat.
Begitu
juga bumi Mesir sebelum ini, paling bersejarah dengan kekuasaan
kerajaan Firaun, berjaya mencipta tamadun piramid dan kemakmuran Lembah
Nil, tetapi sampai ketikanya Firaun turut kecundangan berdepan dengan
kebenaran yang dipimpin oleh Nabi Musa.
Justeru Amerika yang mengadu domba umat Islam Mesir hari ini pasti berdepan dengan kekecewaan. Berdasarkan perkembangan terbaru, menyaksikan kebangkitan dan kesediaan umat Islam Mesir mempertahankan kebenaran dan hak melawan campur tangan tentera Mesir dan Amerika.

Kekentalan
semangat jihad penyokong Morsi dan rakan Ikhwanul Muslimin yang tidak
berganjak mendesak pemulihan kuasa rakyat dan pembelaan terhadap Morsi
adalah lambang kuasa kebenaran (baca demokrasi) berdepan dengan
percaturan Amerika dan tentera Mesir.
Ia
suatu kesedaran dan kebangkitan sekali lagi rakyat menolak pencabulan
hak dan kebenaran demi mengembalikan maruah Islam yang tercalar. Semoga
Allah menolong orang-orang yang beriman dan berjuang di atas jalan-Nya.
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, AL-MURSYIDUL AM PAS. 5 Ramadhan 1434/14 Julai 2013.
Sumber: Amerika dalang rampasan kuasa di Mesir?. Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, AL-MURSYIDUL AM PAS. 5 Ramadhan 1434/14 Julai 2013.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala
bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap
dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut
perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka,
tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu.
Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA
ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan