Ahad, 14 Julai 2013

938. Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-67 Tahun.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Majlis Membaca Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan

  • Oleh:  Siaran Akhbar am 
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 Julai. - Majlis Membaca Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-67 Tahun akan diadakan pada hari Isnin, 15 Julai 2013 bertempat di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara mulai jam 11.30 pagi dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. 

Di samping itu, beberapa buah masjid lain juga akan dijadikan sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah seperti di Daerah Brunei Muara di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara, Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, Masjid Mohammad Bolkiah, Kampung Serusop, Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Negara Lambak Kanan.

Manakala di Daerah Belait pula ialah Masjid Muhammd Jamalul Alam, Kuala Belait, Masjid Perpindahan Negara Kampung Pandan Kuala Belait dan Masjid Pekan Seria dan di Daerah Tutong tumpuan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Sementara itu di Daerah Temburong akan diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar. Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bagi sama-sma menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-67 Tahun, 1434H/2013M.

Mengimarahkan Masjid (Gambar Hiasan).
Tadarus Al-Qur'an. (Gambar Hiasan).
Sumber:
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-67 Tahun.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: