بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
2013/07/15 - 05:10:59 AM. Mengumpat, buat maksiat hilang pahala puasa.
Daripada Abu Hurairah, katanya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga saja didapatinya.” (Riwayat al-Bukhari)
Orang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapan yang tidak baik) dan masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala puasa oleh Allah selain mendapat lapar serta dahaga saja.
Maka amat malang dan rugi bagi orang berpuasa, tetapi masih mengeluarkan perkataan kotor memaki hamun. Ia tidak mendapat apa-apa kelebihan atau pahala di sisi Allah SWT bahkan mendapat dosa pula.
Larangan bertengkar, maki hamun
Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa hari ini.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Orang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah SWT. Jika mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang, maka hendaklah ia berkata aku berpuasa.
Untuk mengelak daripada melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat kepada Nabi.
Rasulullah SAW bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)
Setiap Muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah itu tidak menjadi perbuatan sia-sia.
Kemanisan nikmat puasa
Mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya dituntut agama, mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa, malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
Ramadan adalah bulan awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melakukan amalan baik dan menjauhi sifat keji serta mungkar.
Sumber:
Agama Islam - Mengumpat, buat maksiat hilang pahala puasa.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala
bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap
dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut
perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka,
tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu.
Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA
ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan