Isnin, 15 Julai 2013

973. Solat tak sempurna tanpa Tamakninah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Solat tak sempurna tanpa tamakninah

Rasulullah SAW bersabda: “Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab: Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini ada kaitannya dengan tamakninah (berhenti seketika) yang diabai dan dilupakan kebanyakan Mukmin ketika mengerjakan solat. Tamakninah termasuk salah satu daripada rukun solat yang mesti dilakukan namun masih ramai yang cuai.
Ucapan Rasulullah iaitu tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merujuk kepada rukuk dan sujud dalam solat yang tidak disertakan dengan tamakninah, menyebabkan rukuk dan sujudnya tidak sempurna.

Dalam mazhab Syafie dan Hanbali, tamakninah adalah rukun solat yang mana tanpanya, solat seseorang jadi tidak sah.

Orang yang solat dalam keadaan cepat atau laju tanpa menyempurnakan tamakninah termasuk dalam kategori orang yang mencuri dalam solatnya, bahkan Nabi Muhammad SAW menyatakan itulah sejahat-jahat pencuri.

Ada beberapa tempat dalam solat yang mesti disertakan tamakninah iaitu ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Jika pengabaian terhadap tamakninah ini dilakukan berterusan tanpa diambil peduli, maka rugi dan sia-sialah solat.

Rasulullah SAW melarang solat yang dilakukan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.


Suatu masa Rasulullah SAW memasuki masjid, lalu masuk seorang lelaki ke masjid untuk melakukan solat. Selesai solat, ia mendatangi Rasulullah SAW seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, Baginda SAW bersabda yang ertinya: “Kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum solat. Lelaki itu lalu solat semula seperti tadi, tetapi Rasulullah SAW tetap menyatakan yang sama iaitu menyuruh lelaki itu solat semula kerana menurut Rasulullah SAW, lelaki itu belum mengerjakan solat (secara sepatutnya). Hal ini berulang sampai tiga kali. Lalu lelaki itu berkata: Demi zat yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, aku tidak boleh mengerjakan yang lebih baik daripada ini, maka ajarlah aku. Baginda pun mengajarnya: Apabila engkau berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga engkau tamakninah dalam keadaan engkau rukuk, kemudian bangkitlah sehingga engkau tamakninah dalam keadaan engkau iktidal, kemudian sujudlah sehingga engkau tamakninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga engkau tamakninah dalam keadaan duduk. Engkau buatlah yang demikian itu dalam semua solat engkau.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tamakninah dapat dianggap sebagai adab dalam solat. Bermakna dengan bertamakninah, seorang Mukmin itu beradab ketika solatnya kerana ketika solat, ia sedang berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Esa.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: