بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
"Oleh itu, tidak ada sebarang keraguan tentang ketekalan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau membuat komen susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Dr Ahmad Zaid Hamidi bahawa cadangan penubuhan IPCMC akan mengakibatkan
'pertindihan bidang kuasa dan undang-undang dalam kalangan agensi
penguatkuasa' dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta
bertentangan dengan konsep keadilan.
Berdasarkan niat untuk memudahkan perdebatan yang lebih bijak mengenai
IPCMC, Mohamed Dzaiddin memetik beberapa petikan Laporan Siasatan
Suruhanjaya PDRM yang menyatakan bahawa:
"Salah satu cara berkesan untuk memastikan doktrin, undang-undang,
peraturan dan prosedur dipatuhi dan dilaksanakan adalah dengan penubuhan
badan pengawasan luar. Kaedah ini telah diterima pakai oleh banyak
sistem kepolisan moden di mana pengalaman membuktikan mekanisme dalaman
semata-mata tidak memadai, tidak boleh dipercayai dan sering tidak
berkesan."
Laporan 2005 itu, seperti yang dipetik oleh Mohamed Dzaiddin, juga
berkata bahawa: "Tujuan: IPCMC hendaklah menjalankan pengawasan PDRM dan
dalam hal ini melaksanakan fungsi-fungsi utama seperti berikut:
# Menerima dan menyiasat aduan mengenai PDRM dan anggotanya.
# Mencegah, mengesan dan menyiasat rasuah dan salah laku serius dalam PDRM.
# Mencadangkan langkah-langkah kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri bagi
meningkatkan integriti polis, mengurangkan salah laku dan membina keyakinan
orang awam terhadap PDRM.
Sumber: Bekas Hakim Tempelak Menteri. -
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan