Selasa, 16 Julai 2013

988. Indonesia Akan Dakwa Syarikat Malaysia Kerana Sebabkan Jerebu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Indonesia dalam siasatannya mendapati kejadian jerebu yang melanda negara jirannya terutama Malaysia dan Singapura pada Jun lalu, disebabkan sikap tidak bertanggungjawab kaedah tebas dan bakar yang dilakukan anak syarikat Malaysia di Indonesia iaitu PT ADEI Plantation and Industri. Jakarta Post melaporkan hari ini Polis Nasional Indonesia berkata pihaknya bersedia untuk mendakwa anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) itu yang dipercayai bertanggungjawab terhadap pembakaran hutan di wilayah Riau.


Jurucakap Polis Nasional, Inspektor Jeneral Ronny F Sompie, berkata syarikat itu dikatakan menjalankan amalan pembakaran secara tidak bertanggungjawab di semua kawasan konsesinya di Riau.
“Syarikat itu didapati bertanggungjawab terhadap pembakaran itu dan diisytiharkan sebagai suspek, tetapi kita belum lagi mengenal pasti pekerja syarikat itu yang bertanggungjawab melakukan pembakaran,” katanya.
Ronny berkata, pihaknya mengesan beberapa tempat di kawasan itu dikawal oleh lima syarikat, tetapi hanya memperolehi bukti cukup terhadap pembabitan PT ADEI kerana syarikat itu menggunakan kaedah yang diharamkan iaitu tebas dan bakar untuk membersihkan tanah bagi aktiviti penanaman semula.

Jun lalu, api daripada kerja tebas dan bakar itu menyebabkan jerebu teruk di Singapura dan Malaysia serta beberapa kawasan di Indonesia terutama yang berhampiran kebakaran itu. Pencemaran udara yang teruk itu menyebabkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memohon maaf kepada negara jiran.

Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar, Balthasar Kambuaya memaklumkan mengenai kemungkinan pembabitan 14 syarikat yang menyebabkan kebakaran hutan di Riau.

Daripada jumlah itu, lapan dimiliki rakyat Malaysia iaitu PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation (PTTMP), PT Udaya Loh Dinawi, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri, PT Mustika Agro Lestari and PT ADEI. Tiga firma yang sedang disiasat dimiliki syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia. Polis kemudian menyiasat lima syarikat terbabit termasuk PT ADEI. 

Sementara itu, jurucakap Polis Riau, Adj Sr Com Hermansyah, berkata pihaknya menyoal 16 saksi dalam kes itu, iaitu pekerja ladang dan pengurusan PT ADEI.

“Tiada yang dinamakan sebagai pelaku kebakaran itu. Kita tidak mahu terburu-buru menamakan pihak bertanggunggjawab,” katanya yang enggan mendedahkan nama dan jawatan saksi.

Jika didapati bersalah, semua yang terbabit boleh didakwa mengikut Undang-undang Alam Sekitar 2002; Undang-undang Perhutanan 1999 dan Kanun Jenayah yang membawa maksimum penalti penjara 10 tahun dan denda (USD1 juta). 

Pada 26 Jun, KLK menyiarkan kenyataannya menegaskan bahawa mereka tidak melakukan amalan pembakaran secara tidak bertanggungjawab dan mematuhi sepenuhnya polisi pembakaran sifar ASEAN dalam semua operasi di ladangnya. 

“Kawasan konsesi yang dikatakan di bawah PT ADEI itu ditanam dengan kelapa sawit matang dan berada di peringkat produktif. Maka, tiada keperluan untuk aktiviti pembersihan tanah bagi tujuan penanaman baru,” katanya

Firma terbitan awam itu bagaimanapun, mengakui ada berlaku kejadian kebakaran kecil dalam kawasan kecil di konsesinya disebabkan musim kemarau. ~the malaysian insider 

Sumber: Indonesia Akan Dakwa Syarikat Malaysia Kerana Sebabkan Jerebu. -
.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: