Khamis, 1 Ogos 2013

1149. Borang Maklumat Balik Kampung.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG

Salam Ramadan kepada semua pembaca. Diam tak diam sudah 22 hari kita berpuasa dan lebih kurang 8 hari sahaja lagi kita menyambut kedatangan Syawal. Korang dah balik kampung halaman masing-masing? Pastinya ada yang belum lagi kan.

Terkini, PDRM telah pun menyediakan BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG sempena cuti perayaan Aidilfitri ini. Apa sebenarnya tujuan borang ini? Tujuan borang ini dikeluarkan ialah demi mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan.

Borang ini perlu diisi oleh pemilik kediaman & diserahkan semula ke Balai Polis berhampiran, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan. Didalam borang ini juga disertakan ips-tips bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan banyak lagi. Dimana anda boleh mendapatkan borang ini? Sungguh mudah, dengan hanya klik DOWNLOAD atau layari laman web PDRM. Akhir kata, selamat bercuti.

NASIHAT DAN PERINGATAN DARI PDRM. TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH.

Bila kes pecah rumah sering berlaku?. 

1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.

2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku: 

1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara
komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.

Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku: 

1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang 􀀀 door viewer dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah. 
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.

Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untuk mengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung, terutamanya ketika musim perayaan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah, sila layari laman web PDRM di www.rmp.gov.my dan facebook PDRM di www.facebook.com/polisdirajamalaysia.
__._,_.___


Attachment(s) from -:eSpAcE9808:- 1 of 1 File(s)



Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: