بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL
'IMRAN (3):185]
Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang
yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq)
menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha
mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah
jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
malaysiaberih.blogspot
sheikhottomann.blogspot
Kuasa-kuasa besar Islam datangnya dari bumi Arab, tapi sampai sekarang kuasa-kuasa yang telah hilang tu susah untuk dikembalikan. Apatah lagi ketika pernah ia mula berputik di beberapa negara Islam khususnya, ketika itu jugalah ianya dicantas sebelum ianya berbuah.
Segala tipu helah digunakan bagi mnyekat kebangkitan syariat Islam termasuklah rampasan kuasa seperti yang berlaku di Algeria dan Mesir. Dengan bantuan kuasa besar Amerika, talibarut berjaya bersama-sama dengan tentera bagi memporak-porandakan negara mereka sendiri.
Salah satu strategi utama kerajaan-kerajaan yang tunduk kepada Amerika mengekalkan kuasa ialah dengan memastikan rakyat yang sudah tidak lagi menyokong mereka berpecah-belah. Sentimen terhadap perbezaan kepercayaan agama akan senantiasa didendangkan. Jika ianya tidak berjaya, maka kerajaan-kerajaan boneka ini akan memainkan sentimen perbezaan fahaman tertentu dalam satu-satu agama.
Tidak kiralah ianya Buddha, Hindu, Kristian ataupun Islam itu sendiri.....
Dulu majoriti Cina dan India menyokong pemerintah, semua ok jer. Kini,apabila mereka tidak lagi percaya kepada pemerintah, semua Cina dan India dianggap kacang lupakan kulit dan hendak dihalau keluar negara. Namun, mereka tetap dengan pendirian untuk menolak pemerintah selama-lamanya.Tunggulah pula nanti, apabila Cambodia, Indonesia, Myanmar dan Bangla (CIMB) tidak lagi menyokong mereka akan diungkit perkara yang sama.
Pemerintah tiada pilihan selain ingin menghuru-harakan kesepakatan Islam dengan memainkan Isu perbezaan mazhab dan fahaman antara satu sama lain. Mereka merasa berjaya 'menangguk di air keruh' dengan pergolakkan di negara lain.
Diberitakan fahaman Syiah telah lama bertapak, namun sukar diambil tindakan. Mungkin agaknya semakin ramai yang secara terang-terangan tidak menyokong pemerintah, maka dengan sepantas kilat jugalah mereka hendak dihalau dan dicop sebagai sesat tanpa mengikuti apa-apa perbicaraan dari mana-mana mahkamah sekalipun.
** Salah satu Rukun fahaman Syiah adalah berbohong ? apa kata Menteri Khir Baharom di sini yang menganuti fahaman ahli sunnat wal rasuah yang tak sesat sampai kesudah. Minta umat Islam jangan berpecah tapi bila Syiah dan Sunni bersatu menentang mereka jadilah apa yang terjadi hari ini.....wallahualam.
Perlukah aku memperakui syiah itu umat Islam?.
BACA JUGA: . ISLAM - PANDUAN HIDUP SEJAHTERA DUNIA AKHIRAT.
•٠••ღLa ilaha illallah Muhammadoorr Rasoollallahღ••٠•.
•٠••ღsallallahu taalah alaihi wa aalehi wa sallamღ••٠•
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ
حَمِيدٌ مَجِيد
Ke Laman Utama.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan