Isnin, 5 Ogos 2013

1186. Mujahidin Rakyat Malaysia Yang Kini Berperang di Syria.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMAeaho

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

Pencerahan Artikel Berkenaan Faisal Hamdi Yang Berkhidmat di Syria


telokbakong.blogspot
hijabulcrewz.blogspot.
Posted by hijabul crewz

KENYATAAN KETUA MISI KEMANUSIAAN


Assalamualaikum wrt wbt

Bismillahirrahmaanirrahiim

Saya selaku ketua misi kemanusiaan ke Syria dengan ini menafikan artikel yang ditulis seperti yang dipaparkan di dalam laman-laman internet.

Saudara Faisal Hamdi merupakan juruvideo rasmi bagi tim misi kemanusiaan ini dan tidak terlibat langsung dengan sebarang pertempuran apatah lagi menyertai pasukan Free Syrian Army (FSA). 

Justeru sebarang maklumat mengatakan beliau menyertai jihad bersama FSA adalah tidak benar. 

Gambar yang telah tersebar merupakan koleksi peribadi Saudara Faisal dan tiada kaitan langsung dengan tujuan misi. 

Sekian. Terima kasih


KENYATAAN PENCERAHAN OLEH FAISAL HAMDI SENDIRI


Selesai misi hari ke-2 di Idlib..


Serangan selepas Subuh tadi merupakan serangan daripada kedua2 belah pihak bagi merampas kawasan. Alhamdulillah, FSA berjaya merampas satu check point yg dikuasai regim Bashar Assad. Allahuakbar.

Terkejut dengan khabar angin bahawa saya sudah meninggal dunia. Betapa mudahnya tersebar rumours dan exaggeration. 

Ada beberapa pencerahan di sini:

1. Gambar yang tersebar luas itu gambar sebenar. Bukan diphotoshop atau diedit. Gambar tersebut menggunakan lens Samyang 24mm f1.4 dan hasil bokehnya memang sedemikian. Tiada editing dan tiada apa-apa teknik khas digunakan. Sila tingkatkan ilmu fotografi anda atau bertanyakan kepada yang ahli dalam bidangnya.

2. Tugasan saya di Syria adalah sebagai Dokumentari-maker dan sesiapa yang follow up perkembangan saya sejak misi pertama pada penghujung Mei lepas tahu bahawa saya sedang menghasilkan dokumentari berkaitan Syria.

3. Kepada media mainstream atau non-mainstream media (e.g: blogger), sila berhubung terus dengan saya untuk dapatkan first-hand information sebelum publish berita anda. Lebih banyak penambahan dari fakta sebenar.

4. Kepada yang mempertikaikan kebenaran bahawa kami diserang sniper dengan alasan kononnya tidak logik sniper basyar tidak ada team follow up selepas menembak. Ketahuilah, realiti peperangan sangat berbeza dengan suasana latihan dan scene dalam filem. Sila kurangkan tonton filem. Lokasi kejadian memang diketahui penduduk tempatan terdapat sniper basyar dan sudah ramai menjadi mangsa.
Ditempat tersebut juga terletaknya kubu pertahanan mujahidin FSA. Jadi jika berlaku serangan dari pihak tentera basyar maka akan berlakunya serangan balas dari FSA. Dan serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan van kami dalam keadaan bergerak. Sniper terbaik dunia pun ada kebarangkalian untuk tersasar tembakannya jika suasana sekeliling tidak membantu seperti gelap, kadar kelajuan angin dan sasarannya bergerak.

5. Berkenaan dengan penggunaan senjata api. Ya saya diberi peluang oleh Mujahidin FSA untuk menembak kearah tentera regim yang hampir setiap masa menyerang rakyat, masjid-masjid, sekolah-sekolah dengan bom dari pesawat udara, kereta kebal, meriam, mortar, sniper dan bermacam lagi kelengkapan canggih. Saya ingin merasai sendiri pengalaman dan perasaan mujahidin di medan perang. Siapa dapat tahan melihat sendiri kekejaman di hadapan mata dan hampir-hampir pula menjadi mangsa? Peluang ini saya kira sebagai satu penghormatan.
Tapi untuk bergelar mujahidin masih jauh lagi layaknya saya berbanding para mujahidin di sini. Memegang dan menggunakan senjata api untuk menentang regim yang menyembelih rakyat tidaklah haram sepertimana sebahagian rakyat Malaysia kecoh tentang 'haram'nya memegang anjing. Kehidupan disini dikelilingi orang-orang bersenjata api hinggakan seorang mudir sekolah agama terpaksa membawa pistol disebalik Alquran kecil yang dibawanya ke sekolah semata-mata ntuk mempertahankan diri.
Di bawah gambar viral tersebut saya ada komen bahawa saya tidak layak memegang title mujahidin tersebut kerana saya melihat sendiri ketabahan dan kekuatan mereka mengaharungi segala penderitaan memperjuangkan agama Allah dan meninggalkan terus nikmat dunia. Mereka sangat mulia akhlaknya, tidak mudah marah, tidak mudah melenting dan tidak mudah membuat sesuatu yang sia-sia apatahlagi merugikan ummat Islam. Mereka sangat menyanjungi bantuan rakyat Malaysia walaupun sumbangan kita terhad kepada kemanusiaan seperti bantuan makanan, bantuan pendidikan, bantuan perubatan dan pembangunan. Maka insyaAllah saham kita juga bersama para mujahidin. 

6. Melihat sendiri suasana kehidupan mujahidin memberi inspirasi dan motivasi yang sangat tinggi untuk saya terus berjuang dengan cara saya sendiri melalui media dengan bersenjatakan kamera. Itu jihad saya. Kerana saya tahu ilmu dan kebolehan yang Allah berikan sebagai videographer bukan suatu yang sia-sia dan tidak patut disia-siakan.
Jika para mujahidin berjuang menggunakan senjata api dapat menewaskan 10 orang tentera musuh, senjata media dapat tumbangkan 1 kerajaan zalim dengan memberi pendedahan, penerangan dan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku di sini melalui 1st hand information supaya masyarakat dunia bangkit menentang kekejaman rejim basyar. Apatah lagi media mainstream sangat berat sebelah dalam melaporkan apa yang berlaku di Syria. Siapa lagi nak diharapkan kalau bukan kita sendiri turun melihat sendiri dan melaporkan fakta sebenar apa yang berlaku?

7. Sheikh Muaz, seorang pengetua yayasan Maahad Tahfiz di Aleppo, Syria sendiri menyampaikan amanat kepada saya bahawa "biarlah kami di sini berjuang mengangkat senjata kerana ini tanah tumpah darah kami, kamu sebagai media berjuanglah menyampaikan kepada rakyat Malaysia dan dunia mengenai perjuangan kami di sini. Kamera kamu itu senjata kamu. InsyaAllah ganjaran kita sama disisi Allah". 

8. Saya dah rasai sendiri kesengsaraan kehidupan di medan perang. Ianya sangat memilukan dan menyedihkan. Hanya sanya orang luar biasa mampu menempuh kehidupan ini berhari-hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Dan rakyat Syria sedang melaluinya di saat rakyat Malaysia hidup selesa. Tanyakan sesiapa sahaja yang pernah terlibat dalam perang, maka tentu jawapannya mereka bencikan perang. Hanya sanya mujahidin terpaksa berperang untuk membela agama, keluarga dan kehormatan dari pencabulan, pembunuhan dan penyembelihan rejim yang tak dahagakan darah dan tak berperikemanusiaan.

9. Kita? Rakyat Malaysia? Masih lagi sering bergaduh perkara-perkara remeh. Masih lagi menyebarkan berita dan mempercayai tanpa usul periksa. Masih lagi............

Kita sendiri ada sambungan jawapannya...

Biar mati berjasa..
daripada mati sebagai orang biasa..

Salam perjuangan,

Faisal Hamdi,
Mujahidin Media,
5-8-2013,
Idlib, Syria

--------------------------------------------------------->

Kesimpulannya, di sini ada beberapa poin penting pencerahan dan pembetulan artikel sebelum ini serta berita-berita yang tersebar di internet.

1- Beliau TIDAK MENYERTAI kumpulan Mujahidin Free Syrian Army.
2- Beliau kekal sebagai Videografer aka Team Media bagi Malaysia LifeLine For Syria.
3- Pengalaman beliau diserang hendap Sniper Regim Basyar Assad adalah 'real'.
4- Beliau sendiri menggunakan senjata yang dipinjamkan oleh kumpulan Mujahidin FSA kepada beliau untuk membalas serangan tentera Regim Basyar. Perbuatan ini adalah atas risiko beliau sendiri tidak melibatkan NGO yang beliau sertai. Ini adalah 'real' juga. (Beliau berpengalaman dalam Wataniah).

Doakan kelancaran misi kemanusiaan di sana. Doakan Mujahidin Syria. Takbir!

comment:
  1. Anonymous
    salam,semoga Rahmat/kaseh sayang/perlindungan/pengampunan Allah bersama sedara faizal/tuan bolg/pengkomen2 entry sebelum pencerahan ni/kita semua insyaAllah amin.. 
    ===============================================================
    ===============================================================

[GEMPAR] Satu-satunya Mujahidin Rakyat Malaysia Yang Kini Berperang di Syria.


telokbakong.blogspot

Posted by hijabul crewz

Ini adalah gambar satu-satunya mujahidin Free Syrian Army (FSA) berkerakyatan Malaysia asli bukan Banglasia atau Myammasia. Dilaporkan bahawa beliau baru sahaja berlepas ke sana untuk bersama barisan jihad menentang Regim Zalim Syiah Nusairiah LaknatuLlah Basyar Assad. Nama beliau Faisal Hamdi. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman dan kini menetap di Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai seorang isteri, Faliyana Bt Muda dan mempunyai seorang cahaya mata.

Mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana seorang rakyat Malaysia ini boleh 'terlepas' ke Syria dan tiba-tiba muncul dengan menyertai pasukan mujahidin FSA di sana kan? 

Ini jawapannya...

Beliau sebenarnya adalah salah seorang anggota kumpulan team kemanusiaan dari Malaysia yang ditugaskan memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat serta pelarian perang di Syria terpaksa menderita akibat peperangan yang meletus. Namun apabila tiba di sana, beliau nekad mengambil keputusan yang telah lama dipendam hajatnya iaitu berjuang fisabiliLlah. Untuk pengetahuan, sebelum berangkat ke Syria, beliau telah mempersiapkan diri dengan memasuki latihan keras rejimen askar wataniah serta mempersiapkan diri dengan amalan serta ilmu agama. 
Komen isteri beliau di facebook suaminya, Faisal Hamdi.
Kini, hajat dan cita-cita beliau sudah tercapai. Doanya dimakbulkan Allah. Malah, lebih manis pemergian beliau adalah di dalam bulan Ramadhan serta mendapat restu daripada keluarga beliau. Isteri dan seluruh anggota keluarga beliau di Malaysia mendoakan kesejahteraan beliau. Malahan, seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia mendoakan kemenangan dan kesejahteraan para mujahidin di Syria.

Namun, ada satu perkara yang pasti. Jika beliau pulang ke Malaysia. ISA yang dikatakan telah sedang dimansuhkan siap menanti beliau. Walau ada sebahagian macai-macai UMNO/BN yang akan mengatakan ISA dikenakan kepada mujahidin Malaysia hanya kerajaan ingin mengaburi mata Amerika Syarikat. 

Namun, anda sendiri boleh tanya bekas-bekas mujahidin yang pernah berjuang di Chechnya, Kahsmir, Afghanistan, Indonesia dahulu bagaimana seksaan yang mereka dapat ketika dalam tahanan di Kem Kamunting. 

Anda boleh tanya sendiri salah seorang rakyat Malaysia yang pernah meringkup dalam ISA atas alasan terlibat dengan kumpulan ekstrimis pengganas Islam sedangkan beliau berjuang fisabiliLlah, Ustaz Md Lotfi Ariffin, yang kini bergiat aktif dengan PAS Kedah. 

Jika benar kerajaan hanya nak main mata dengan Amerika Syarikat kenapa perlu seksa dengan teruk dan kejam bagai penjenayah perang dunia?! 
Facebook rasmi Faisal Hamdi. Beliau akan mengupdate dari semasa ke semasa 'live' dari Syria. Ini link Facebook beliau, klik [follow]: https://www.facebook.com/faisal.hamdi .

Semoga Allah mengurniakan kemenangan ataupun syahid kepada Faisal Hamdi dan dipelihara keikhlasan, istiqamah beliau. Amien. #Pray4FaisalHamdi #RespectFaisalHamdi

AllahuAkbar!

INILAH WAJAH MUJAHIDIN MALAYSIA YANG BERJUANG DI SYRIA

telokbakong.blogspot
mutaligat.blogspot. 
Doa kami mengiringimu Dik. Ya Allah yang Maha Mengasihani, berilah dia kekuatan, berilah dia kejayaan dalam pertempuran atau terimalah dia sebagai Syahid. 

 

Sukarelawan Malaysia Di Syria!

"Team kami terselamat dari serangan sniper

 basyar di Aleppo, tembakan hampir-hampir mengenai belakang van yang membawa kami..

dan impian yang ditunggu-tunggu tiba jua.. DIBERI PELUANG MENEMBAK TENTERA

BASYAR DARI KEDUDUKAN SNIPER FSA!!!"
 
~ FB Alkudcy
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: