بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada
kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib
(yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan
kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah
pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami
telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya
(memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Ramai yang telah tahu tentang kekecohan yang berlaku di Syria.
Walaupun banyak media yang mempertahankan Bashar Al-Assad, namun sudah menjadi tanggungjawap Mat sebagai umat Islam untuk menyebarkan kebenaran.
Kebenaran selalu disembunyikan kita sebagai umat Islam untuk kepentingan pihak tertentu, ‘That is how world Works’.
Mungkin belum ada yang mengetahui siapa Bashar Al-Assad. Dia merupakan presiden di Syria bermula pada tahun 2000 sehingga masa sekarang ini. Beliau mewarisi pemerintahan daripada ayahnya Hafez al-Assad.
Cuba kita lihat beberapa gambar di bawah:
Nau’zubillah!! Kau bayangkan, Surah Al-Ikhlas ditukar sedemikian rupa dengan memasukkan namanya.
Kalimah Syahadah juga diubah!
Banyak media yang mengatakan bahawa pemberontakan rakyat Syria ini ditaja oleh Nato, EU, Amerika, Mossad dan macam-macam lagi untuk memburukkan kaum pemberontak dan kebenaran disembunyikan.
Tentera Bashar Al-Assad mengugut dan membunuh rakyatnya sendiri untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pemerintah. Mereka seolah-olah kebal dan tidak ada apapun yang mampu menggulingkan kerajaan Syria pada ketika ini. REVOLUSI untuk menjatuhkan pemerintah sedang berlaku di Syria.
Tentera Bashar Al-Assad mengugut dan membunuh rakyatnya sendiri untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pemerintah. Mereka seolah-olah kebal dan tidak ada apapun yang mampu menggulingkan kerajaan Syria pada ketika ini. REVOLUSI untuk menjatuhkan pemerintah sedang berlaku di Syria.
Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu
penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara
Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding
dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu
ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang
daripadanya meninggal dunia.
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak
mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:
“Kamu balik sahajalah, lupakan anak-anak itu dan anggaplah
mereka telah tiada…, jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami
isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak
kamu.”
Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah
momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta
demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria
mendesak Basyar berundur.
Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan
al-Buti dalam politik Syria.
Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima
orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang.
Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang ‘berilmu’ tetapi kurang
tajam dalam perspektif politik.
“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan
beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin.
Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru
peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa
prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang
kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk
menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di
Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan
ikhlas, siang dan malam supaya Allah SWT membantu mereka dan membebaskan
mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang
lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah
itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”Bangkitlah wahai umat Islam Seluruh Dunia, Sebarkan berita kepada sesiapa sahaja supaya cahaya kebenaran akan terpancar dari segenap dunia dan sekali gus memberikan sinar harapan kepada umat Islam di Syria.
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan