Selasa, 6 Ogos 2013

1202. Diskaun TOL.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMAeaho

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

[melayucyber] Fw: Diskaun tol sempena raya. From -:eSpAcE9808:-  
Diskaun tol sempena raya
Oleh S Anand Kumar dan Suhaila Shahrul Annuar 

Subang Jaya: Pengguna 22 lebuh raya di seluruh negara akan menikmati rebat dan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri, minggu depan.

Daripada jumlah itu, 17 lebuh raya memberi diskaun lima hingga 37.5 peratus pada 7 hingga 9 Ogos ini.


Rebet 20 peratus

Sementara itu, lima lebuh raya kendalian Projek Lebuh Raya Usaha Selatan (PLUS), pula
menawarkan rebat tol 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas Satu yang membayar tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya serta Program Diskaun dan Rebat Tol Syarikat Konsesi Lebuh raya Sempena Aidilfitri semalam, berkata ia membabitkan Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Lebuh Raya SMART, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya KL-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Senai Desaru (SDE), Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT).

Lima lebuh raya di bawah PLUS adalah Lebuh Raya Utara Selatan kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar; Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang. 

Ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara CIDB dan rakan industri di ibu negara sebelum itu, Fadillah berkata, hasil kajian penambahbaikan bagi prosedur operasi standard (SOP) dan amalan baik dalam sektor pembinaan negara bakal dibentangkan pada Disember ini.

Kurangkan kemalanganKajian merangkumi pelbagai aspek termasuk pembinaan jambatan dan bangunan akan dibincangkan pada peringkat kementerian sebelum dialog bersama sektor pembinaan, profesional dan kontraktor. Menerusi kajian itu, kita mampu mengurangkan kemalangan di kawasan pembinaan serta menetapkan amalan terbaik untuk industri pembinaan, katanya.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: