Jumaat, 9 Ogos 2013

1220. Wisma Geylang Serai.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMAeaho

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]


WISMA GEYLANG SERAI: Gambar lakaran artis pusat sivik bercirikan Melayu ini bakal siap sekitar 2017. - Foto fail.


8 Aug 2013

Pasukan yang terajui Wisma Geylang Serai diiktiraf

Antara sembilan pasukan yang menerima Anugerah Pasukan Menteri Kementerian Pembangunan Negara.

PASUKAN yang menghasilkan reka bentuk bagi Wisma Geylang Serai (WGS) semalam diiktiraf kerana menghasilkan sesebuah projek yang sejajar dengan visi menjadikan Singapura sebuah kediaman dicintai dan kota global tersendiri.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, dalam majlis memperingati Hari Kebangsaan Kementerian Pembangunan Negara (MND).

Ketua pasukan tersebut, Cik Teh Sook Lan berkata beliau tidak canggung memimpin satu pasukan silang agensi bagi menjadikan pusat sivik bercirikan Melayu itu satu kenyataan.

Bahkan, penolong pengarah kanan di Kementerian Pembangunan Negara (MND) itu berkata beliau "tidak mempunyai apa-apa masalah" membangunkan sebuah pembangunan ikonik bagi masyarakat Melayu Singapura di Geylang Serai.

Reka bentuk WGS diumum bulan lalu. Pusat sivik itu dijangka siap sekitar 2017.
Semalam, pasukan pimpinan Cik Teh antara sembilan pasukan yang menerima Anugerah Pasukan Menteri MND.

"Sebenarnya, apa yang mencabar ialah memastikan semua keprihatinan dan sumbangan agensi-agensi pemerintah dan badan-badan Melayu yang bergabung tenaga bagi menjayakan projek ini diambil kira, dan sejauh ini cabaran itu dapat ditangani dengan baik," kata Cik Teh.

Badan Melayu yang menganggotai pasukan itu termasuk Yayasan Mendaki, Yayasan Warisan Melayu (MHF), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Orkestra Melayu Singapura.

Anugerah itu - yang mengiktiraf sesebuah projek sebagai mempunyai kesan dan sumbangan besar kepada visi dan cabaran mengubah Singapura menjadi sebuah kediaman dicintai dan kota global tersendiri - disampaikan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, dalam majlis memperingati Hari Kebangsaan MND.

Pasukan lain yang menerima anugerah tersebut termasuk Gardens By The Bay oleh Lembaga Taman Negara (NParks), Peningkatan Lembaga Perumahan dan Pembangunan bagi Warga Senja Aktif (Ease) dan Semakan Perundangan Kebajikan Haiwan oleh Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA).

Majlis semalam dimulakan dengan penyampaian amanat Hari Kebangsaan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Lim Swee Say, oleh wakilnya, Pengarah Institut Ong Teng Cheong (OTCi), Encik S. Thiagarajan.

Dalam amanat tersebut, Encik Lim mengajak warga Singapura memperbaiki tiga perkara - ekonomi, tempat kerja dan masyarakat - bagi memastikan negara ini dapat terus maju dan mampu menangani cabarannya.

Sumber: Pasukan yang terajui Wisma Geylang Serai diiktiraf. (CYBERITA - SINGAPURA).
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: