Sabtu, 10 Ogos 2013

1223. Mencari, Meyakini, Mempercayai Redha Allah SWT., dan mengamal untuk memperolehi KeredhaanNya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
006. Nota Buat Pengunjung Blog.. KLIK UNTUK KE MENU UTAMAeaho

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]


Hamba Yang di 'Pandang' oleh Allah


malaysiaberih.blogspot

ustazcambodia.com

by ustaz cambodia

Kita mengharapkan redha Allah SWT.. Kita mengimpikan 'pandangan' Allah SWT., kepada kita. Supaya Allah SWT., melihat kita sebagai hamba yang dikasihiNya. Bagaimana ..apa yang Allah SWT., lihat pada diri kita..?.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa
dan harta tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu."
[HR:Muslim]

Sesungguhnya inilah tempat jatuhnya pandangan Allah SWT.. Dia melihat HATI dan AMALAN kita. Allah melihat keikhlasan yang ada pada hati kita dan bagaimana kesungguhan kita dalam beramal mengabdikan diri kepadaNya..

Setiap amalan apabila ikhlas ..kita tidak mengharapkan yang lain kecuali pandangan Allah SWT.. Walaupun tidak dilihat oleh pandangan mata manusia, andainya kita ikhlas PASTI Allah SWT., akan melihatnya.

Allah SWT., menilai nya dan tidak ada yang terlepas drp pandangan dan perhitungan Allah SWT.. Kita mengimpikan amalan kita mendapat rahmat dan pandangan Allah SWT., semata-mata..

[Ustaz Hasyimi Che Pa,"Meraih Redha & Rahmat Allah SWT.."]




Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: