بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL
'IMRAN (3):185]
Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang
yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq)
menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha
mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah
jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Harga ayam yang mencatatkan peningkatan
baru-baru ini disebabkan susut nilai ringgit, peningkatan gaji dan peningkatan
kos makanan ayam. Tetapi, ia bukan disebabkan kekurangan bekalan, kata
sekumpulan penternak kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan
Penternak Malaysia (FLFAM), Jeffrey Ng berkata peningkatan kos menyebabkan harga
ayam meningkat meskipun ahli persatuan meningkatkan pengeluaran ayam kepada 11.9
juta ekor secara mingguan pada bulan ini berbanding 10.7 juta ekor setiap minggu
pada Julai 2012.
Beliau berkata, situasi bertambah meruncing
dengan pelaksanaan gaji minimum RM900 sebulan yang diwajibkan kerajaan pada
tahun ini.“Ahli FLFAM sebelum ini membayar gaji seorang pekerja di ladang
ternakan purata RM600 sebulan dan gaji baru meningkat 50 peratus termasuk
elaun,” katanya.
Beliau menjelaskan, harga ayam di pasar basah
bergantung kepada upah memotong ayam dan membuang kulit ayam. Harga runcit ayam
meningkat kepada RM9 sekilogram bulan ini daripada harga sebelumnya RM6 hingga
RM6.50 sekilogram pada pertengahan Jun.
Ng berkata, Akta Persaingan dan Akta Anti
Pencatutan 2011 diwujudkan bagi mengawal industri daripada mengambil kesempatan
kenaikan harga semasa bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Harga ayam ditentukan oleh jumlah permintaan
dan bekalan namun di pihak pembekal, kami meningkatkan pengeluaran apabila
terdapat lebih permintaan. Adakah ada pernah mengalami situasi di mana kurangnya
bekalan ayam di pasar besar atau pasar basah?” katanya.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan mencadangkan untuk mengimport ayam dan mencadangkan pengguna
untuk memboikot daging mentah berkenaan sementara harga ditetapkan menjelang
musim perayaan.
Semalam, harga ayam ditetapkan kepada RM7.70
sekilogram bagi tempoh 17 hari.Ng berkata, ahli FLFAM berpuas hati dengan harga
yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengawal harga ayam daripada terus
melambung.
Namun, Presiden Persatuan Pengguna Malaysia
(Fomca), Datuk N Marimuthu, berkata isu kenaikan harga ayam adalah isu yang
sering dimainkan menjelang musim Ramadan.
“Fomca tiada kaitan dengan kenaikan harga ayam
dan kami percaya peningkatan harga semasa musim perayaan adalah perkara biasa
yang disebabkan oleh pertambahan permintaan.
“Pengguna sebenarnya mempunyai alternatif.
Mereka yang tidak mampu menanggung harga ayam di pasar basah boleh mendapatkan
bekalan ayam di pasar besar,” katanya kepada The Malaysian Insider. ~the malaysian
insider
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan